Followers

Thursday, October 25, 2012

Aidil Adha, dan pengorbanan..?.


Assalamualaikum wbt.

Syukur pada-Nya kerana masih lagi diberikan peluang untuk meneruskan kehidupan pada hari ini, dan masih berkesempatan menulis dalam blog yang tak seberapa ini, alhamdulillah..hari ini, 9 Zulhijjah 1433 Hijrah..merupakan hari yang digelar Hari Arafah..kerana apa? kerana para jemaah yang menunaikan haji akan melaksanakan salah satu rukun ibadah haji, iaitu wukuf di Arafah..hari ini merupakan hari di mana kita disunatkan untuk menunaikan ibadah puasa sunat, iaitu puasa pada Hari Arafah, sehari sebelum kita menyambut Hari Raya Haji, atau Hari Raya Aidil Adha..

Tapi kenapa kita perlu menyambut Hari Raya Aidil Adha? Why? Insya Allah..kali ini dengan kesempatan yang ada, aku akan cuba kupas sikit kenapa kita menyambut Aidil Adha.. Kita menyambut Hari Raya Aidil Adha untuk memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim menunaikan perintah Allah untuk menyembelih anaknya, Nabi Ismail. Baginda (Nabi Ibrahim) menerima suatu petanda dalam bentuk mimpi untuk menyembelih anak kandungnya yang bernama Ismail.. Selepas mimpi itu, Nabi Ibrahim pun bertanyakan pendapat kedua-dua anak dan isterinya, Siti Hajar berkenaan mimpi tersebut. Siti Hajar mengatakan, mungkin ia hanya permainan tidur, tetapi jika ia merupakan suatu jenis wahyu, perlulah ia dituruti. Nabi Ismail juga mengatakan kepada bapanya.. "Ayahku, sekiranya ini merupakan wahyu dari Allah S.W.T., aku sedia merelakan diriku untuk disembelih."

Keesokan harinya, Nabi Ibrahim pun membawa Nabi Ismail ke suatu kawasan untuk menyembelih anaknya. Orang ramai yang mengetahui akan perkara ini ada yang mengatakan "Nampaknya Nabi Ibrahim mungkin sudah gila hinggakan mahu menyembelih anaknya sendiri. Kalau kita biarkan perkara ini, nanti kitapun akan dibunuhnya." Walaubagaimanapun, Nabi Ibrahim tetap teguh dengan keputusannya untuk menjalankan perintah Allah S.W.T itu. Setelah tiba di tempat penyembelihan itu, berkatalah Nabi Ismail "Wahai ayahku, aku fikir cara yang baik untuk menyembelih adalah dengan cara aku disembelih dalam keadaan menelungkup tapi mata ayah hendaklah ditutup. Kemudian ayah hendaklah tahu arah pedang yang tajam dan ayah kenakan tepat kepada leherku."

Lepas itu, Nabi Ibrahim pun melaksanakan perintah yang Allah S.W.T telah turunkan padanya di dalam mimpi. Baginda pun mengucapkan kalimah atas nama Allah lalu memancungkan pedangnya pada leher anaknya itu dengan mata yang ditutup, maka terperciklah darah mengenai badan Nabi Ibrahim. Menggeletar baginda sesudah itu, dan membuka penutup matanya.

Allah Maha Besar. Alangkah terkejutnya baginda apabila mendapati bahawa yang disembelihnya itu bukanlah anaknya Ismail, tetapi merupakan seekor kibas. Dengan memuji kebesaran Allah S.W.T,  baginda dan anaknya Nabi Ismail berpeluk-pelukan dan bersyukur kerana diberi kekuatan sehingga dapat menyelesaikan amanah Allah S.W.T itu..

Lebih kurang begitulah kisah Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail. Rasa menggeletar satu badan semasa aku mula-mula baca kisah ini. Begitu berat amanah yang Allah berikan pada Nabi Ibrahim untuk menyembelih anaknya. Walaupun orang sekeliling banyak yang mencerca, baginda tetap sabar melaksanakan perintah-Nya. Apa yang dapat kita peroleh daripada kisah ini? Pengorbanan.. Pengorbanan yang bagaimana? Untuk mendapat keredhaan daripada Allah S.W.T, pengorbanan harus dilakukan. Pengorbanan yang bagaimana? Banyak jenis pengorbanan yang kita boleh lakukan untuk meraih keredhaan-Nya.. kita berkorban masa dan wang ringgit untuk belajar..kita berkorban masa dan tenaga untuk mencari rezeki bagi meraih sesuap nasi..bermacam-macam jenis pengorbanan yang kita boleh lakukan, ikhlaskanlah diri kita, insya Allah diredhai-Nya.

Post kali ini untuk renungan bersama dan peringatan bersama. Sudah berkumandang azan subuh, dan aku pun nak bersedia keluar bekerja. Alhamdulillah, semoga mendapat manfaat bersama. Salam aidil adha pada para pembaca.. ^_______^ ---V

Wednesday, October 17, 2012

Life and Chances.


Assalamualaikum wbt,

Pleasant night folks..How was your day today? Was it satisfying? Colorful? Tiresome? Plain? Well no matter what it was, all praises are for HIM, for letting us to live one more day. Every hours, every minutes, every seconds, people 'come' and 'go'. We will never be certain that we could breath for the next day, or even for the next few seconds. So, all the times, thank HIM for all these chances and opportunities.

Why English out of the blue? Well, I've got no particular reasons to be writing in English. Though my grammar may not be good, please bear with me for it. Or maybe, please take it this way : I'm trying my very best to improve my English. Okay, enough is enough. Now shall we go to the topic of the post : Life and Chances. Everybody owns them, every single person do. It is just a matter of time before we could grasp the very best of these. Without Life, what's the meaning of Chances? Chance always appear in our life. Sometimes we realize it, sometimes we didn't. The widely used term of YOLO which I saw it to be You Only Live Once. Although it is always (sometimes) used for mockery, sarcasm or whatsoever purposes, the term do actually make sense.

We are, in fact, actually live only once. (you don't say?) So we should absolutely use it wisely. Some people are destined to live longer than the others..some aren't. We should be grateful for the chance that HE blessed us with. See? Being able to live is also a chance. From this one, most important chance that HE provides, other chances are created and it is just a matter of choices that we make which would definitely affect our own live, and also others nearby us. Life is mostly related to decision-making capabilities and also chances. Sometimes we choose wrongly, sometimes we aren't. No matter what it was for, and what it was all about, the aftermath is the most crucial. We might do things wrongly, but there will always be alternatives or unseen measurements that definitely will be of good to us, insya Allah.

"Make the best out of our greatest mistakes or misery, for all those doesn't guarantee failure in life"

Quote by myself though, ehem ehem, no external references are made or whatnot. But anyway, I hoped that this post kinda motivates all fellow readers, to not be sad, or frown over anything bad or any mischief that occurs, be it in the past or the present. Allah had make it clear to us: HE won't burden us with things/problems that we're not able to solve, it is just a matter of time. Be patient, be firm, be humble. Don't get too full of ourselves for anything, ever..


*sorry for all the grammatical errors or improper usage of words and terms.. peace~ ^_____^---