Followers

Wednesday, December 26, 2012

Graphic-Less Wednesday -- Erti Menjadi Dewasa.

Assalamualaikum wbt..

Dahulu semasa kita kecil, kalau ingat, tak banyak perkara yang kita tumpukan..Kita cuma disuruh pergi ke sekolah, pergi ke tuisyen, pergi ke kelas tambahan, disuruh belajar mengaji al-Quran, kebanyakannya berkisar untuk persediaan kita di masa depan..

Apasal susah-susah ibu bapa kita nak didik kita dengan 1001 macam jenis ilmu?
Apasal diorang tak biar je kita buat keputusan sendiri nak pergi ke sekolah atau tak?
Apasal diorang marah kalau kita bermulut sedikit culas atau kurang ajar?
Kenapa?

Tak ada apa-apa jawapan yang tepat untuk persoalan ini, kesemuanya teramat subjektif. Tetapi, apa yang ibu bapa kita lakukan untuk kita,memang semuanya untuk kebaikan kita, mungkin kita tak nampak apa rasional di sebalik tindakan mereka...Kenapa mereka tak bagi kita keluar pada waktu malam sewenang-wenangnya? Kenapa mereka tak bagi kita pukul orang lain / mencuri? Kenapa ibu bapa kita paksa kita solat? Ada asbabnya..

Semasa zaman kanak-kanak, banyak cabarannya, tapi tak sebesar cabaran di usia dewasa..
Semasa zaman remaja, jugak banyak cabarannya, lebih dahsyat daripada kanak-kanak, tapi tidak sedahsyat usia dewasa..

Secara individu, aku dah nampak apa rasional dan logiknya ibu bapa kita mendidik kita dengan pelbagai ilmu dan pengetahuan. Dulu, kalau masa remaja, memang fikir mahu berseronok dengan kawan-kawan sahaja (dalam masa yang sama masih menumpukan perhatian dalam bidang akademik)..

Bukan mudah mahu jadi DEWASA..

Setiap apa yang kita lakukan, ia berkaitan dengan diri kita dan orang lain yang berhampiran dengan kita..Apa tindakan yang kita lakukan? Kepada siapa tindakan itu akan berkait? Kenapa tindakan itu dilakukan? Bila tindakan itu akan dilakukan? Apa implikasinya pada persekitaran kita?

Tak mudah mahu jaga hati orang..
Tak mudah mahu memuaskan hati semua orang..
Tak mudah mahu orang lain menjaga hati kita..

Justeru, sama-sama kita fikirkan kembali..Antara banyak-banyak perkara yang kita buat, ada tak di antaranya yang kita kesali kerana banyak memberi kesan-kesan negatif bukan saja pada diri kita, tetapi juga kepada orang lain? Mungkin kita tak nampak, tapi jika kita fikirkan kembali dengan teliti..kita akan sedari apa yang telah/pernah kita lakukan..

Post kali ini bukan mahu menyindir diri..
Post ini bukan mahu beroleh kemenangan diri..
Post ini bukan bertujuan meninggi diri..

Tetapi ingatlah wahai teman..Hidup ini cuma sekali..Jangan dibazirkan dengan perkara yang kurang / tidak berfaedah..Bukan mudah mahu menginsafi diri, tapi sekurang-kurangnya kita perlu sedari, betapa banyak khilaf telah kita lakukan..pada insan lain terutamanya..

Berpeganglah pada prinsip "kalau tak mahu orang lain buat apa yang tidak kita sukai pada diri kita, jangan buat perkara yang sama itu kepada orang lain. Akan tetapi jika tetap diperlakukan sebegitu rupa, sabar dan redhalah..Allah sentiasa bersama kita, walau susah macam mana pun.."

Wallahualam.. *semoga bermanfaat*  =)

Thursday, December 13, 2012

Mid December '12!!


Assalamualaikum wbt~~

Dah lama rest since last post aku..ni pun berkesempatan update sebab cuti...atau lebih tepatnya cuti sakit...Dr. Yati bagi dua hari cuti, so kena lah manfaatkan dua-dua hari ni..First time, record dalam hidup aku, kena demam teruk macam ni...time Dr. amik suhu, dia kata 39 degrees..okay...itu sangat panas..before ni biasa aku kena 37.8 macam tu pun badan rasa lain macam..cuma demam kali ni, suhu tinggi and tekanan darah naik sikit daripada normal..lagipun kalau pergi klinik Dr Yati ni memang boleh kata sure boleh dapat MC dua hari lah...hehe..

Semenjak dua menjak ni, tak berapa ada sangat perkembangan yang menarik di sekeliling aku..oh ya, sebulan++ yang lepas dapat anak saudara lagi seorang, a boy.. Hadif Rayyan namanya...kacak sungguh nama beliau...semoga membesar dengan sihat tanpa sebarang masalah, insya Allah. Dalam sebulan dua ni, kadar kelajuan aku membaca novel English dah meningkat sedikit..biasanya dalam 3 hari ++ baru boleh habis. Tapi sekarang, dalam 1-dua hari aku dah boleh habis baca..maybe sebab series yang aku baca ni sangat epic dan superb. Sila baca juga kalau korang nak tahu kenapa aku khusyuk sangat baca..pengarangnya Jim Butcher..series nya pula adalah "Dresden Files".. nak sinopsis? ermmm....next time lah aku tulis review pasal buku...post kali ni lebih pada self-update..

Minggu lepas, salah seorang daripada kawan baik aku kahwin...tahniah Anwari Ashraf! Maaf sangat-sangat aku tak dapat nak hadir...tapi ketahuilah sahabat, aku sentiasa doakan untuk kebaikan dan kebahagiaan korang.. =)  ... dalam beberapa hari lagi pulak nak dapat result interview Pegawai Perhubungan Perusahaan bawah SPA, kalau ada rezeki, insya Allah dapat (walau pun aku tak letakkan harapan yang tinggi menggunung, tapi tetap berharap dapat jugak) aminnnn insya Allah.

Well, dah kering idea nak tulis pasal apa dah..doakan lah kalau berkesempatan..aku akan buat review perbandingan antara dua tablet 7 inci yang sangat diidamkan ramai, iaitu Google Nexus 7, dan iPad Mini.
Semoga diberi peluang dan kesempatan untuk menulis lagi, amin..

Till the keyboard rocked again~