Followers

Wednesday, September 26, 2012

iPhone 5 - The biggest thing to happen to iPhone since iPhone


Assalamualaikum wbt!!

Baik, pada post kali ini, aku akan sedaya upaya cuba mengulas serba sedikit mengenai apa yang aku tahu dan aku kaji berkenaan produk Apple Inc. ini.. Baru lebih kurang dalam 2 minggu semenjak pelancaran peranti mudah alih terbaru daripada Apple, iaitu iPhone 5. Baru sahaja seminggu dilancarkan di US, bilangan jualan peranti ini sudah mencapai angka 5 juta. Banyak betul peminat iPhone ini ya? Hehe. produk berkualiti, mestilah ramai peminatnya kan?

Oh, ulang siaran, aku membuat review ini tak ada dapat apa-apa imbuhan ke ganjaran daripada mana-mana pihak, just out of my interests and studies done on this interesting gadget. Baiklah..seperti dalam post dahulu yang berkaitan dengan Samsung Galaxy SIII, aku tunjukkan dahulu rupa paras peranti tersebut..sila lihat di bawah..







Okey, jika nak dibandingkan dengan iPhone 4s yang sebelum ini, dilancarkan pada tahun lepas (tak ingat bulan berapa), sekali imbas mungkin nampak tak berapa beza sangat. Tapi kalau korang teliti betul-betul, iPhone5 adalah lebih panjang luas saiz skrinnya, iaitu 4 inci, berbanding iPhone 4s yang saiz skrinnya hanyalah 3.5 inci..Sila rujuk jadual perbandingan di bawah..

 
Maaf, kerana jadual perbandingan adalah tidak cantik. haha. Nampak jelas kan perbezaan ketinggian kedua-dua peranti ini berdasarkan gambar tersebut? Hehe. Basically, kedua-dua peranti ini beserta versi-versi iPhone lain milik Apple Inc adalah berasaskan sistem operasi iOS. iOS merupakan sumber perisian tertutup milik Apple, tidak seperti Android yang merupakan sumber terbuka dan boleh diolah/dimanipulasi mengikut kemahuan pengguna/syarikat lain. Dalam dunia siber sekarang, di mana-mana sahaja kita boleh nampak 'pergaduhan' siber di antara kipas susah mati Android dan iOS.. masing-masing memberitahu bahawa sistem operasi pilihan mereka adalah yang terbaik..

Walaupun aku sudah biasa menggunakan peranti berasaskan Android, peranti berasaskan iOS juga adalah sangat hebat bagi aku. Dalam hal ini, aku bersikap neutral. Cuma satu faktor utama aku kurang meminati peranti Apple adalah kerana harganya yang memang agak mahal jika mahu dibandingkan dengan peranti Android. Tetapi tepuk kepala tanya poket lah..kalau korang mampu memiliki peranti seperti ini, silakanlah, jangan teragak-agak untuk membelinya, kerana aku jamin, pasti puas hati jika menggunakan peranti iOS. Dari segi kelancaran serta masa lengah, iOS adalah sangat-amat-kaw-kaw lancar, jika nak dibandingkan dengan Android yang ada masa lengah lebih kurang +-0.05 saat. nampak sikit saja kan? Tapi sangat besar bezanya. Oh ini bukan fakta di internet, ini pendapat peribadi. Tapi sesiapa yang pernah mencuba menggunakan kedua-dua jenis peranti berlainan sistem operasi ini pasti akan faham apa yang aku cuba sampaikan..

Baik, kita pergi kepada spesifikasi iPhone 5. Macam yang korang tengok pada gambar di atas, capaian rangkaiannya adalah boleh dicapai di Malaysia. Dimensinya ada sedikit ralat dan aku dah malas nak betulkan pada gambar..bagi iPhone 5 = 123.8 x 58.6 x 7.6 mm.. dan bagi iPhone 4s = 115.2 x 58.6 x 9.3 mm.. Okey, sambung lagi pasal iPhone 5..oh ya, keunikan yang paling menyusahkan utama, adalah iPhone 5 menggunakan kad sim nano (nano simcard), yang merupakan versi kad sim paling kecil dalam pasaran telefon mudah alih dunia sekarang. Kelebihan kad sim ini? Secara teknikalnya aku tak pasti sangat, cuma dari segi saiz, sangatlah kecil...sila rujuk rajah di bawah..



Haha, kecil betul kad sim nano ni. Kad sim mikro pun dah nampak macam sangat kecil bagi aku (digunakan dalam iPhone 4 dan iPhone 4s). Tapi korang jangan risau kalau nak beli iPhone 5, tak lama lagi insya Allah akan dilancarkan dekat Malaysia, dan beberapa telco Malaysia mula menyediakan kad sim nano, contohnya Digi dan Maxis. Oh maaf, telah dilancarkan sebenarnya bagi Maxis dan Digi. Celcom? Belum ada apa-apa kenyataan rasmi lagi, tapi aku yakin nanti akan adalah, sila bersabar sahaja. *Umobile jangan dilupa*..





Review yang maybe tak berapa nak detail dan mungkin tak boleh dipanggil review pun agaknya, tak apalah. Dapatlah aku berkongsi serba sedikit yang aku tahu mengenai peranti Apple Inc ni. Kalau korang ada soalan, insya Allah aku cuba google jawab okey.. segala rujukan adalah dibuat berasaskan sumber-sumber di bawah..semoga bermanfaat. =)



sumber :
http://store.apple.com/us
http://www.gsmarena.com
http://www.soyacincau.com/

Monday, September 24, 2012

Karnival Kerjaya..tak ingat nama -23-9-2012-


Assalamualaikum wbt..

Oh dah lama tinggal ::Nu Life:: hehe. tak adalah lama mana, dalam beberapa hari sahaja..baik..tujuan post aku kali ini tak ada tujuan spesifik..tapi mungkin mau berbicara sedikit mengenai masa hadapan..back to the future, shall we? =)

Baru semalam, aku pergi ke karnival kerjaya di Mid Valley seorang diri untuk mencuba nasib meng-apply kerja lain berbekalkan pengalaman setahun jagung bekerja..Aku rasa, ramai agaknya peserta karnival semalam ni terdiri daripada pelajar-pelajar yang baru selesai menamatkan pengajian di menara ilmu masing-masing..muka semua innocent saja, comel-comel dan nampak sangat bersemangat untuk meneruskan perjuangan dalam lapangan kerjaya pula. Oh semalam aku pergi seorang diri ke sana. Kenapa tak ajar member? Erm..member aku ramai orang over the state.. (negeri lain).. okey itu hanya satu alasan..aku cuba gak ajak Cik W melawat sana, tapi tidak berkesempatan kerana adiknya datang pulak. Tak apalah, aku pergi seorang diri saja. Dah biasa dah forever alone berjalan seorang diri ni. Aku pergi naik public je, naik KTM, belum beli kereta lagi. *dah mampu nak beli but then..nanti lah.. =)*

Sesampai je aku di sana, dah lah train sangat sesak dengan orang lain yang memang nak pergi jalan-jalan di Mid Valley *agaknya*. Aku dengan cool-nya berjalan sepantas mungkin untuk ke tingkat atas Mid Valley kerana karnival ini dianjurkan di tingkat atas sekali.. baru aku perasan..wahhh..ada karnival post-grad juga rupanya, boleh lah cuba nasib usha-usha sikit di sana. Sampai booth USM, perasan ada senior aku kat situ, Cik Juju. Hoho, kesian dia kena jaga booth dari pagi sampai malam..
Perkara yang menarik perhatian aku di karnival post-grad adalah booth UKM dan UPM. kerana? dua-dua menara ilmu ini yang paling berhampiran dengan rumah aku. Tapi lepas dah mengorat bertanyakan informasi mengenai kedua-dua U ini, aku berhasrat nak kerja dahulu lah, kumpul duit dan agak-agak dah mampu, baru boleh fikir mahu sambung Master. Duit hutang dengan PTPTN pun masih banyak, inikan pula mahu menambah hutang yang aku tanggung, ada rezeki insya Allah aku memang nak sambung belajar..mohon korang doakan ye.. =)

Baik..lepas habis pusing karnival post grad, aku pergi melawat ke karnival kerjaya pula. Ya Allah, ramai sungguh umat manusia yang berada di situ, masing-masing mahu mencuba nasib untuk memohon pekerjaan di sana. Berapa banyak syarikat-syarikat yang ada di sana? Erm...boleh tahan banyak lah juga. Nak sebut satu-satu memang tak larat lah jawabnya. Antara syarikat yang aku cuba apply adalah Putrajaya Holdings Bhd, Hewlett Packard(HP), RHB Bank...lagi dua syarikat aku sudah lupa pulak, maaf. (-.-'') Persaingan untuk mendapatkan pekerjaan itu sangat mencabar..bukan mahu menakutkan mereka yang baru mahu mula menceburi bidang pekerjaan, tetapi ini adalah HAKIKAT! Fakta bukan auta!

TAPI...itu tidaklah menjadi alasan untuk bermuram durja dan tidak berusaha sedaya-upaya untuk mencari pekerjaan. Usaha, kita tetap perlu lakukan. Rezeki itu sentiasa ada. Allah dah tetapkan dari awal segala-gala yang terbaik untuk kita, terpulang bagaimana kita mahu berusaha dan mencari peluang-peluang itu. Boleh jadi cepat, boleh jadi lambat, dan tidaklah pula segala apa yang bakal menjadi rezeki itu merupakan sesuatu yang kita sukai, dan boleh jadi ia sangat kita benci, tapi Allah Maha Mengetahui..DIA tahu apa yang terbaik buat kita..teruskan berusaha sedaya-upaya, dan berdoalah pada-Nya..

Em kalau post kali ini agak bosan maaflah, ni lebih kepada catatan dan pengalaman peribadi, dan agak-agak kalau ada perkara yang baik boleh didapati daripada post ini, ambillah, jadikan tauladan..jika lebih banyak yang tidak baik, buanglah, jadikan sempadan.. =)

Wednesday, September 19, 2012

Dari Adam Kepada Adam & Hawa - Ingat 24434!


Assalamualaikum wbt.. Selamat senja korang semua!

Adakah korang semua sihat belaka? Kalau ya, alhamdulillah..kalau tidak, tak apa..bersabar..semoga cepat sembuh dan sihat walafiat seperti sediakala..tapi kalau sakit, jangan lah baca blog orang lain, nanti naik berpinar mata korang, dah lah tak sihat lagi..rest dulu okeh..

Baik..post kali ini adalah berkaitan 24434..apa itu 24434? Rukun Islam kedua.. =) ..dah namanya adalah rukun, maka ia adalah wajib dilakukan oleh semua orang..Baik, post kali ini berkaitan ibadah rutin yang kita lakukan iaitu bersolat..~~ Merupakan rukun Islam yang kedua *sorry pernyataan berulang*, dan wajib dilakukan oleh semua orang, tidak ada yang boleh skip solat except mereka yang uzur syarie..perkara pertama yang Allah akan timbang di akhirat nanti adalah ibadah solat kita..jika baik solat, maka baiklah amalan kita yang lain..dan sebaliknya..nauzubillahiminzalik..

Jadi kiranya post kali ini, mari kita sama-sama mengulangkaji bab bersolat ini..bukan semata-mata untuk orang lain sahaja, aku post ini pun untuk mengingatkan diri sendiri juga..jadi marilah sama-sama kita saling ingat-mengingati..~ baik..kita mulakan dengan syarat sah solat..

  1. Islam
  2. Berakal
  3. Baligh
  4. Suci daripada haid dan nifas
  5. Masuk waktu
Aku rasa setiap syarat sah ini adalah jelas dan terang maknanya untuk kefahaman kita bersama kan?
Kita jugak kena take note adalah Rukun Solat..ada 13 in total..baik..aku listkan one by one..

  • Berdiri betul - kalau tak mampu, boleh duduk, tak mampu juga, baring, kalau masih tidak mampu, boleh gunakan isyarat mata..tapi kita tahu kemampuan diri kita..insya Allah.
  • Niat - dilafazkan sewaktu mengangkat takbiratul ihram..
  • Takbiratul ihram - mengucapkan "Allahu akbar"..
  • Membaca surah al-Fatihah sehingga tamat
  • Rukuk, dengan thomakninah..
  • Iktidal, dengan thomakninah..
  • Sujud sebanyak dua kali, dengan thomakninah..
  • Duduk di antara dua sujud..
  • Duduk bagi tahiyat akhir..
  • Membaca tahiyat akhir..
  • Membaca selawat ke atas junjungan besar Rasulullah SAW..
  • Memberi salam..
  • Tertib..
Kita dahulu diajar secara komprehensif mengenai bermacam-macam aspek dalam melaksanakan ibadah solat semenjak kita kecil, dari sekolah rendah dahulu..nak cerita lah sikit pengalaman..mungkin aku tidak begitu bernasib baik macam orang lain pada zaman sekolah rendah aku dahulu kerana aku tidak dapat pergi ke sekolah agama..aku cuma pergi ke sekolah harian..jadi pendedahan aku mengenai ilmu agama sewaktu sekolah rendah dahulu mungkin sedikit kurang berbanding mereka yang menghadiri sekolah agama dulu..tapi tak mengapa, semua benda ada hikmahnya..pada zaman sekolah menengah, syukurlah para ustaz/ustazah/senior banyak mengajar aku secara lebih mendalam berkenaan ilmu Islam..mungkin tidak seberapa dalam atau meluas, tapi masih menjadi asas dalam diri dan masih perlu diluaskan dan dipelajari lebih selagi masih bernyawa ini..enough with the past. hehe..

Baiklah, seterusnya, mari kita ulangkaji bersama-sama mengenai bacaan di dalam solat..mungkin ini merupakan perkara berulang-ulang yang selalu diperkatakan atau dipost/dishare ke laman web lain, tapi lebih bagus sebenarnya jika kita selalu ingat-memperingati antara satu sama lain..bacaan dalam solat fardhu adalah lebih kurang bagi setiap waktu (Subuh, Zohor, Asar, Maghrib dan Isya'). Dimulakan dengan niat..bagi setiap waktu adalah berbeza niatnya, aku letak di sini contoh bacaan untuk niat solat Isya'..

"أُصَلِّى فَرْضَ الْعِشَاءِ أَرْبَعَ رَكْعَاتٍ أَدَاءً مَأْمُوْمًا / إِمَامًا ِللهِ تَعَالىَ"

--Sahaja aku solat fardhu Isya' 4 rakaat sebagai (makmum/imam) kerana Allah Taala--
*untuk waktu solat yang lain, tukarkan waktu solat dan bilangan rakaat*


Seterusnya..sebutlah "Allahu akbar".. kedudukan tapak tangan yang bersesuaian untuk mengangkat takbir adalah seperti dalam rajah di bawah:



Seterusnya adalah bacaan doa iftitah (Doa Pembukaan)..bacaannya seperti berikut..

"اَلله أَكََْبَر كَبِيْرًا وَالحَمْدُلِلَّهِ كَثِيْرًا وَسُبْحَانَ الله بُكْرَةً وَأَصِيْلاً . إِنِّي وَجَّهْتُ وَجْهِيَ لِلَّذِيْ فَطَرَ السَّمَوَاتِ وَالأَرْضَ حَنِيْفًا مُسْلِمًا وَمَا أَنَا مِنَ المُشْرِكِيْن . إِنَّ صَلاَتِي وَنُسُكِيْ وَمَحْيَايَ وَمَمَاتِي لِلَّهِ رَبِّ العَالَمِيْن لاَ شَرِيْكَ لَهُ وَبِذَلِكَ أُمِرْتُ وَأَنَا مِنَ المُسْلِمِيًن"

-Allah Maha Besar sebesar-besarnya. Dan puji-pujian bagi Allah sebanyak-banyaknya. Dan maha suci Allah siang dan malam. Kuhadapkan mukaku, kepada yang menjadikan langit dan bumi, aku cenderung lagi berserah kepada Allah dan bukanlah aku dari golongan orang-orang yang menyekutukan Allah. Sesungguhnya sembahyangku, ibadatku, hidupku dan matiku  kuserahkan hanya pada Allah tuhan seru sekelian alam. Sekali- kali tidaklah aku menyekutukanNya . Dan dengan demikian aku ditugaskan, dan aku adalah dari golongan orang-orang Muslim (Islam).”-

Kemudian, kita akan membaca surah al-Fatihah..sekali bagi setiap rakaat dalam solat. Bacalah dengan berhati-hati dan penuh khusyuk..kerana jika kita tersalah sebut, maksud surah al-Fatihah itu mungkin menjadi tidak betul.. Selepas membaca al-Fatihah, bacalah apa-apa surah lazim yang lain untuk rakaat yang pertama dan kedua, bagi rakaat-rakaat seterusnya, boleh pilih sama ada nak baca surah lazim atau just baca al-Fatihah..

Selepas selesai bacaan surah lazim sebutlah "Allahu akbar", kita akan rukuk, dan bacaan dalam rukuk adalah seperti berikut:

"سُبْحَانَ رَبِّيَ الْعَظِيْمِ وَبِحَمْدِهِ"

-Maha suci Tuhanku yang Maha Agong dengan sifat kepujiannya.-


Posisi keadaan rukuk adalah seperti dalam rajah di bawah:






Okeh, seterusnya kita akan beriktidal..macam mana beriktidal tu? Okay, dia ada dua fasa..pertama adalah transition daripada posisi rukuk, dan fasa kedua adalah berdiri tegak seketika sebelum sujud.




baiklah, bacaan semasa pertukaran daripada keadaan rukuk kepada iktidal adalah "سَمِعَ اللهُ لِمَنْ حَمِدَه" -Allah mendengar orang yang memuji-Nya-. Selepas itu, berdiri tegak seperti dalam rajah di atas dan bacalah "رَبَّنَا وَلَكَ الْحَمْدُ" -Ya Tuhan kami, bagi-Mu segala puji-..














Seterusnya, sujudlah ke muka bumi .."Allahuakbar"..seperti dalam rajah berikut..





Pastikan ibu jari kaki kita dikepakkan sedikit dan dahi menyentuh permukaan lantai.. dan bacalah "سُبْحَانَ رَبِّيَ اْلأَعْلَى وَبِحَمْدِهِ" -Maha Suci Tuhanku yang Maha Mulia-.. bacalah sebanyak tiga kali..bacaan sekali adalah paling kurang..tapi usually kita diajar untuk baca 3 kali..begitu juga bacaan semasa rukuk..bacalah 3 kali.. kemudian, bangkitlah daripada sujud, sebutlah "Allahu akbar" dan duduk antara dua sujud..bacaan yang perlu dibaca adalah seperti berikut:

 "رَبِ ّاِغْفِرْلِيِِْ وَارْحَمْنِيْ وَارْفَعْنِيْ وَاجْبُرْنِيْ
وَارْزُقْنِيْ وَاهْدِنِيْ وَعَاِفِنيْ وَاعْفُ عَنِّيْ
"
-Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku, perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku.-






Sebaiknya, jika kita kita dapat duduk seperti yang ditunjukkan dalam rajah di atas..akan tetapi, jika tidak berkemampuan, duduklah dalam keadaan yang kita selesa dan tertib, jangan menyeksa/memaksa diri..ikutlah kemampuan diri kita semua.. =)

Seterusnya, *Allahu akbar* dan sujud serta bacalah bacaan yang sama seperti sebelum ini..kemudian ucaplah "Allahu akbar" dan bangunlah untuk meneruskan rakaat seterusnya.

Okeh, kita tiba ke rakaat kedua..semua rakaat lebih kurang sama saja caranya, cuma pada penghujung rakaat kedua, kita perlu duduk tasyahhud awal (tahiyat awal), cara duduk lebih kurang sama dengan duduk antara dua sujud, tapi bacalah bacaan seperti di bawah

"التَّحِيَّاتُ الْمُبَارَكَاتُ الصَّلَوَاتُ الطَّيِّبَاتُ ِللهِ ، السَّلاَمُ عَلَيْكَ أَيُّهَا النَّبِيُّ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكاَتُهُ السَّلاَمُ عَلَيْنَا وَعَلَى عِبَادِ اللهِ الصَّالِحِيْنَ . أَشْهَدُ أَنْ لاَ إِلَهَ إِلاَّ الله وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا رَسُوْلُ الله. اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّد"

-Salam dan sejahtera, sembah bakti dan segala kebaikan bagi Allah. Salam atasmu wahai Nabi dan rahmat Allah dan keberkatanNya. Demikian pula mudah mudahan dianugerahkan kepada kita dasn kepada segenap hamba-hambaNya yang soleh. Aku mengaku bahawa tidak ada Tuhan melainkan Allah. Dan aku mengaku bahawa Nabi Muhammad itupesuruh Allah. Ya Allah berilah rahmat dan kesejahteraan kepada junjungan kita Nabi Muhammad.-

Seterusnya teruskan rakaat lain..hingga tiba ke rakaat terakhir..duduklah seperti cara yang termampu oleh diri kita, dan sebaiknya adalah seperti berikut:





Bacalah seperti bacaan di bawah:

"التَّحِيَّاتُ الْمُبَارَكَاتُ الصَّلَوَاتُ الطَّيِّبَاتُ ِللهِ ، السَّلاَمُ عَلَيْكَ أَيُّهَا النَّبِيُّ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكاَتُهُ السَّلاَمُ عَلَيْنَا وَعَلَى عِبَادِ اللهِ الصَّالِحِيْنَ . أَشْهَدُ أَنْ لاَ إِلَهَ إِلاَّ الله وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا رَسُوْلُ الله. اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّد وعلى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّد كَمَا صَلَّبْتَ عَلَى سَيِّدِنَا إِبْرَاهِيْمَ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا إِبْرَاهِيْمَ وَبَارِكْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدَنَا مُحَمَّدٍ كَمَا بَارَكْتَ عَلَى سَيِّدِنَا إِبْرَاهِيْمَ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا إِبْرَاهِيْمَ فِيْ الْعَالَمِيْنَ إِنَّكَ حَمِيْدٌ مَجِيْد"

-Salam dan sejahtera, sembah bakti dan segala kebaikan bagi Allah. Salam atasmu wahai Nabi dan rahmat Allah dan keberkatanNya. Demikian pula mudah mudahan dianugerahkan kepada kita dasn kepada segenap hamba-hambaNya yang soleh. Aku mengaku bahawa tidak ada Tuhan melainkan Allah. Dan aku mengaku bahawa Nabi Muhammad itu pesuruh Allah. Ya Allah berilah rahmat dan kesejahteraan kepada junjungan kita Nabi Muhammad dan keluarga Muhammad. Seperti apa yang telah Engkau anugerahkan kesejahteraan kepada Ibrahim dan keluarga Ibrahim. Dan berkatilah Muhammad dan keluarga Muhammad. Seperti yang Engkau berkati Ibrahim dan keluarga Ibrahim. Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Tinggi.-

Selesai membaca bacaan ini, berilah salam, dengan memalingkan muka ke kanan, dan seterusnya ke kiri seraya menyebut "اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ الله"  -Sejahtera dan rahmat untukmu semoga dirahmati Allah-



Baiklah, seterusnya adalah tambahan untuk solat Subuh..selesai saja rakaat kedua..sewaktu berdiri tegak selepas rukuk (ketik beriktidal) kita perlu membaca doa qunut..bacaan seperti berikut:

"اللَّهُمَّ اهْدِنِي فِيْمَنْ هَدَيْتَ ، وَعَاْفِنِي فِيْمَنْ عَافَيْتَ ، وَتَوَلَّنِيْ فِيْمَنْ تَوَلَّيْتَ ، وَبَارِكْ لِي فِيْمَا أَعْطَيْتَ ، وَقِنِي شَرَّ مَا قَضَيْتَ ، فَإِنَّكَ تَقْضِيْ وَلاَ يُقْضَىعَلَيْكَ ، فَإِنَّهُ لاَ يَذِلُّ مَنْ وَالَيْتَ ، وَلاَ يَعِزُّ مَنْ عَادَيْتَ تَبَارَكْتَ رَبَّناَ وَتعَالَيْتَ , فَلَكَ الْحَمْدُ وَلَكَ الشُّكْرُ عَلَى مَا قَضَيْتَ , فَنَسْتَغْفِرُكَ وَنَتُوْبُ إِلَيْكَ , وَصَلَّى اللهُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّم"

-Ya Allah, berilah aku petunjuk sebagaimana orang-orang yang telah Engkau tunjuki.
Sejahterakanlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau sejahterakan.
Pimpinlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau pimpin.
Berkatilah hendaknya untukku apa-pa yang telah Engkau berikan padaku.
Jauhkanlah aku daripada segala kejahatan yang telah Engkau tetapkan.
Sesungguhnya hanya Engkau sahajalah yang menetapkan, dan tidak sesiapapun yang berkuasa menetapkan sesuatu selain daripada Engkau.
Sesungguhnya tidak terhina orang yang memperolehi pimpinanMu.
Dan tidak mulia orang-orang yang Engkau musuhi.
Telah memberi berkat Engkau, ya Tuhan kami dan maha tinggi Engkau.
Hanya untuk Engkau sahajalah segala macam puji terhadap apa-apa yang telah Engkau tetapkan.
Dan aku minta ampun dan bertaubat kepada Engkau.
Dan Allah rahmatilah Muhammad, Nabi yang ummi dan sejahtera keatas keluarganya dan sahabat-sahabatnya.
-


Alhamdulillah..berjaya jugak aku tamatkan post aku kali ini..agak panjang..tapi bermanfaat, insya Allah. Aku banyak refer pada blog orang lain, or sumber daripada Internet, memang post yang bukan original daripada aku..semoga Allah memberkati orang yang aku ambil rujukan..disertakan adalah link-link yang berkaitan..semoga bermanfaat untuk semua... Assalamualaikum wbt!!




Sumber rujukan yang best!

http://www.e-mosque.com.my/ibadatfardhu/kiblat.html

http://hjshukri.tripod.com/id24.html

http://wirajiwa.bumicyber.com/index.php?option=com_content&view=article&id=437:cara-cara-sembahyang-yang-betul&catid=26&Itemid=48&joscclean=1

Sunday, September 16, 2012

Samsung Galaxy SIII - Designed for Humans, Inspired by Nature


Assalamualaikum wbt..!

Penat nye badan aku sekarang..lepas makan dan berbowling dengan kawan-kawan di IOI Mall siang tadi, badan rasa letih-lesu saja. Tapi still, duduk tegak depan PC masih mampu aku lakukan..sayang korang semua CSians..!!

Okay, mari berbalik pada topik utama, seperti yang korang baca pada title post ni.. "Samsung Galaxy SIII - Designed for Humans, Inspired by Nature" (SGSIII) itu sebenarnya motto ataupun kira slogan bagi produk perdana Samsung yang baru saja dilancarkan pada bulan Mei 2012, menggantikan Samsung Galaxy SII (SGSII) yang menjadi produk perdana Samsung pada tahun 2011. Oh ya, segala apa yang mungkin aku akan perkatakan mungkin bukanlah fakta 100% tepat..tetapi lebih kepada pendapat peribadi aku sendiri.. okeh, jom kita tengok sedikit rupa bentuk peranti ini..



humm, macam mana? bagi aku, rupa bentuk SGSIII ini sangat cantik dan kelihatan eksklusif. Aku ada try guna SGSIII milik kawan aku..bagi aku, prestasi SGSIII ini adalah amat baik jika dibandingkan dengan SGSII, masa lengah (lag) boleh dikatakan hampir tiada pada peranti ini..manakan tidak, spesifikasi SGSIII boleh dikatakan hampir sekali ganda jika dibandingkan dengan SGSII..sila rujuk jadual perbandingan spesifikasi di bawah..mungkin perbandingan tidak detail seperti dalam website lain, tapi bagi aku, aspek-aspek di bawah ini yang selalu aku lihat sebelum berfikir sama ada mahu membeli peranti itu atau tidak.


Okeh, perkara pertama seperti yang korang lihat adalah Capaian Rangkaian. Apa itu GSM? Ia merupakan akronim untuk "Global System for Mobile communications". GSM merupakan standard antarabangsa untuk penggunaan telefon bimbit/selular. Jadi, walau ke mana saja korang pergi dalam dunia ini asalkan telefon bimbit itu menyokong capaian rangkaian GSM, ia masih boleh digunakan dengan kad SIM korang, cuma cajnya mungkin berbeza. Walaubagaimanapun, mungkin perbezaan negara/benua mempengaruhi kebolehgunaan sesuatu telefon bimbit. Sebagai contoh, Malaysia menggunakan capaian rangkaian GSM 900 dan 1800, jadi kedua2 SGSII dan SGSIII boleh digunakan di Malaysia, berbeza dengan beberapa peranti lain, contohnya daripada Motorola, yang kebanyakannya hanya menyokong capaian rangkaian CDMA (Code Division Multiple Access) *sila Google sendiri untuk mengetahui definisi dan fungsi capaian rangkaian ini secara lebih lanjut*, contohnya Motorola Droid Razor HD yang baru dilancarkan. Peranti-peranti yang cuma menyokong capaian rangkaian CDMA adalah TIDAK BOLEH digunakan di Malaysia (sebenarnya boleh.....cuma korang decide sendiri daripada forum ini..aku pun sedikit confuse..jadi basically baik aku kata tak boleh guna CDMA-enabled devices dekat Malaysia..)

Baiklah aspek seterusnya, saiz skrin..itu merupakan pendapat peribadi, bagi aku sendiri, aku menggemari peranti yang mempunyai saiz skrin 4.5 inci ke atas..berat peranti..aku tak berapa kisah sebenarnya, cuma SGSII dan SGSIII ni kedua-duanya SANGAT RINGAN, rasa macam nak jatuh je kalau aku pegang. Okay, bagi kemampuan NFC pula, bukanlah sesuatu yang mandatori, tapi agak penting bagi aku..sebab apa? Perkongsian maklumat/data adalah sangat pantas untuk dilakukan melalui penggunaan NFC (S-Beam pada SGSIII...SGSII tak boleh).. Bagi versi sistem operasi Android, lebih baru versi Android itu, lebih baik, kerana versi Android yang baru akan sentiasa ditambah baik dari semasa ke semasa oleh Google sendiri..

Resolusi kamera, sekurang-kurangnya 5MP adalah sudah mencukupi *personally*..bagi Chip Pemproses Teras (CPU) -betul ke tak aku translate ni- , perbezaan adalah amat ketara antara kedua-dua peranti. Oleh itu, prestasi juga adalah sekali ganda lebih baik bagi SGSIII berbanding SGSII. Harga pula....well..kalau dapat free lagi lah aku mahu memilikinya..! hehe..~~

Oh, nampaknya agak panjang post aku kali ini..
Nak ikutkan, aku boleh tulis lebih panjang lagi..tapi cukuplah setakat di sini..harap ada faedah untuk korang semua melalui post aku kali ini..oh, btw aku tetap akan membuat post lain sebegini, tapi bagi peranti daripada beberapa pengeluar terkenal, contohnya Apple, HTC, RIM dan beberapa nama besar lain..insya Allah..

okay, tangan lenguh, cukup sampai di sini buat masa ini..~~







Source of references/images:
Credits to : GSM Arena, Samsung Global Website

Saturday, September 15, 2012

Adam vs Aurat?



Assalamualaikum wbt..
Okay, kali ini aku nak sentuh pasal isu AURAT…apa itu aurat?Dari segi bahasa, aurat itu bermaksud segala perkara yang dirasa malu jika diperlihat/didedahkan..

Tapi all the times, bila sebut pasal aurat, kaum Hawa yang selalu dikaitkan, seolah-olah macam kaum Adam ini semua tak perlu kisah sangat dengan aurat ke apa.. no no no.. itu semua salah..lelaki masih mempunyai aurat / bahagian yang perlu dilindungi daripada pandangan orang sekeliling..jadi kali ini, post aku akan berkisar secara detail nya mengenai aurat bagi lelaki..

Secara kasarnya, aurat lelaki berada dalam area seperti rajah di bawah:

 
 
*Haha...comelnya aku lukis!* Em, mohon maaf kerana bakat melukis dalam diri ni sangat kurang..tapi dalam rajah tersebut, basically kawasan aurat bagi seorang lelaki adalah dari pusat, sehingga ke paras lututnya. Compared to kaum Hawa, kaum Adam punya kawasan badan yang dikira aurat adalah kecil. Akan tetapi, masih ramai jugak yang tak berapa perasan akan kepentingan menjaga aurat ini.. *peringatan untuk diri sendiri juga*.. kenapakah menjaga aurat sangat penting bagi kita wahai kaum Adam sekalian? Satu contoh paling simple, korang refer pada rajah berikut..




Btw.. aku snap gambar ni di pintu surau Carrefour The Sphere, Bangsar South..Rujuk pada rajah..pemakaian lelaki itu nampak sempurna dah untuk solat, akan tetapi, kerana baju itu sedikit 'fit', maka apabila dia sujud, akan terlihatlah bahagian auratnya..kalau ternampak aurat? Batal solat.. Jadi sama-sama kita cuba jauhi daripada perkara ini dengan memakai pemakaian yang betul-betul boleh menutup aurat kita ketika sedang bersolat..lagi satu, aku pernah nampak situasi macam ini, tapi lelaki tu punya boxer adalah agak besar, dan menutup area yang terdedah oleh baju 'fit' nya, sekurang-kurangnya ia masih menutup aurat, tetapi lebih baiklah jika lain kali dia tukar sikit pemakaian, pakai baju besar sikit ke..bagi orang yang berbadan besar macam aku, benda ini lagilah perlu dijaga..

bukan setakat untuk beribadah atau ketika beribadah, aurat itu perlu dijaga sepanjang masa..contoh lain adalah mungkin ketika bersukan, jika sangat diperlukan memakai seluar pendek, pakai lah seluar tight itu, lelaki kalau menampakkan bentuk kaki mungkin tak mengapa, yang kaum hawa itu sebaiknya janganlah okeh..

Emm aku nak cakap lebih lanjut berkenaan isu ini pun, aku masih tidak penuh ilmu di dada, apa yang serba sedikit aku tahu, aku kongsi..walaupun tidak baik, tidak ada salahnya kita mengajak pada kebaikan..kalau post ini ada membuatkan sesetengah pihak terasa atau apa-apa, aku mohon maaf..tetapi sedarlah..bersyukurlah kerana masih ada yang mahu menegur kita, kerana Allah telah menggerakkan hati mereka supaya menegur kita, jangan mudah melenting, terima teguran dengan hati terbuka, dan bersyukurlah..Allah masih sayangkan kita..in fact Allah sentiasa menyayangi kita semua, cuma kadang-kala kita yang melakukan tindakan semacam kita tidak menyayangi-Nya..sebagai manusia biasa, kita tak lari daripada melakukan kekhilafan, dan Allah akan sentiasa mengampuni dosa kita jika kita meminta, dan berusaha untuk tidak mengulanginya..HE creates all of us, afterall..wallahualam.. =)


Thursday, September 13, 2012

Me Techsta!

Assalamualaikum wbt..

Okeh kali ni nak buat sedikit announcement..tak banyak sangat..sikit saja..
Lepas ini insya Allah aku akan merajinkan diri menulis post-post yang berkaitan technology or basically gadget-related.. (mobile phones/smartphones/tablets/etc).. kira aku boleh lah kongsi kepada para pembaca (kalau ada) berkenaan barang-barang gajet yang terkini..

Tapi malam ini aku belum rajin lagi nak menulis..sejujurnya aku merupakan penyokong tegar Android! Tapi itu tak bermakna aku sesuka hati akan mengeji dan mengutuk sistem operasi telefon pintar yang lain, contohnya iOS, BB7 OS, MeeGO, Bada OS mahupun Symbian..cuma maybe aku kurang maklum berkenaan sistem operasi lain, tapi akan sedaya upaya belajar untuk mengenali peranti-peranti menggunakan sistem operasi selain Android, insya Allah.

Okey lah, selamat malam!

p/s: yey esok jumaat..then cuti 3 hari~~

Wednesday, September 12, 2012

Burger Bakar Abg Burn!

Assalamualaikum wbt..

okeh..nak blogging guna tablet ni memang agak mencabar ar, sebab keyboard tu akan makan ruang untuk kita tengok teks..hehe anyway nak try jugak..kali ni aku nak buat sorta review lah kan..tadi balik dari office ngan akak..berkesempatan lah aku nak try burger bakar abg burn..dekat ramal junction, area sungai ramal, dekahad Hamidiah Kajang
nah gambar sikit...







hehe ...amacam? bagi aku, sedap dah..harga tak ingat pulak..tapi dalam rm 11 kot tadi.. superb lah..kenyang aku sampai malam..pastu..minum air ni pulak..



abc superb..manis gila..ahaha.. agak-agak kalau ada yang mengidam sebab pregnant tu, mohon susahkan para husband korang carik abc dan burger ni..jangan salahkan aku..hehe.


ermm..ok lah..ni aku bagi pulak gambar kedai dia..malu nak snap banyak2..  Ramal Junction ni not bad la.banyak gak makanan lain yang nampak menggiurkan..masa masih panjang..nanti kalau aku dah ada kereta, lagi senang lah nak datang sini bawak awek ke..ehhh..bawak member ke..hehe..ok la kot ni..blogging gak kan? hehe..cukup lah sampai sini saje.till next time..~

Monday, September 10, 2012

Song From A Secret Garden


Assalamualaikum wbt.. =)

Pasal ape tiba-tiba aku rajin update blog? Ada udang di sebalik mee? Nope, not exactly. It's just aku maybe dah jadi bosan sikit kot dengan rutin harian aku di rumah semenjak tahun lepas..

Biasa balik rumah..mandi + makan + solat + pape yang patut..pastu aku duk melepak..browse sini..browse sana..habit daripada 3 tahun belajar di Penang tak dapat nak dibuang dah..dah sebati dengan jiwa aku..kadang-kadang aku bukak blog orang..baca entry orang sikit..pastu duk rasa..apasal lah aku ni tak rajin betul nak update blog? Yelah..blog lama banyak juga lah pageview dan bilangan entrynya..blog dah lama..blog tu dibiarkan macam tu saja kerana banyak kisah pahit di situ..jadi biarlah ia menjadi rahsia..apa yang penting..apa yang akan mendatang..

dah jauh betul menyimpang..tadi nak cakap pasal rutin harian kot. =.=''  biasa sama saja rutin aku..sama ada main game..okay, jadi spesifik..main DotA..tak pun main game dekat phone/tablet..ataupun hobi all timer aku, membaca..regardless, dalam bahasa Melayu ke..dalam English ke..dua-dua aku sapu..tapi oleh sebab bahan bacaan bahasa Melayu yang aku ada sekarang sangat kurang kerana dah lama Ramlee Awang Murshid tak keluarkan buku baru beliau, maka pembacaan aku lebih menjurus pada novel-novel English..

oh ya. kenapa tajuk post aku ni macam tu? korang pernah dengar tak lagu ni? hehe. pada yang sedang bersedih, dilarang mendengar alunan melodi lagu ni..sedih..dengar at your own risk ya..sepanjang-panjang aku menaip ini, aku dengar lagu itu.. aku terasa nak embed lagu tu lah dekat sini..aku yang mula-mula dengar tak ada sedih apa-apa, ni aku dah rasa sebak-sebak sikit sebab lagu ni aku bagi jadi loop..dengar sepanjang waktu menaip..

baiklah..banyak juga aku dah tulis ni. mungkin tak berapa memberi manfaat or kelebihan melalui post kali ini, akan aku cuba perbaiki di kemudian hari. insya Allah, akan selalu meng-update blog bersama semangat yang baru ini..



*p/s: sumpah sedih weh dengar lagu ni.... =((

Keikhlasan itu boleh datang dengan keterpaksaan..

Assalamualaikum wbt..

Selamat pagi semua!! Oh pagi isnin yang indah dan me-mengantokkan...
Hari yang orang kadang-kadang tak gemar sebab permulaan untuk the whole working/studying week...

*oh btw selamat berjaya diucapkan pada semua yang akan mula mengambil peperiksaan UPSR pada hari ini sehingga Khamis kalau tak silap..korang akan mencapai milestone yang pertama dalam hidup korang..insya Allah selamat berjaya pada semua =)*

ok sebab hari ni masuk office pukul 9 pagi, boleh lah lepak2 dulu kat rumah jap. ok based on tajuk post aku, nak bincang sikit lah pasal keikhlasan yang dilahirkan melalui keterpaksaan..mungkin ramai penulis lain yang pernah berbicara pasal ini, cuma versi diorang, diorang punya lah..aku punya, aku punya lah..maybe tak best macam diorang punya kot..but whatever it is, here goes..

persoalan yang paling sinonim dengan keikhlasan ni basically banyak berkenaan diri kita..keikhlasan kita untuk melakukan sesuatu perkara itu boleh dipupuk daripada keterpaksaan..contoh nya lah, ibadah utama kita sebagai orang Islam..perkara pertama yang akan ditimbang di akhirat sana..iaitu solat..seperti yang kita semua pelajari, tak kisah lah di sekolah kah, bila cikgu cakap "okey, kamu WAJIB solat, kalau tak, masuk neraka".. ini menunjukkan solat itu merupakan sesuatu yang sangat wajib @ perlu dilakukan. dan dalam beribadah ini, kita kena ikhlas..macam mana nak ikhlas dalam bersolat contohnya? Kita kena lah solat selalu, jangan miss langsung, lagi afdhal jika semua solat dilakukan di awal waktu.. bersolat tu bukan perkara yang mudah..kalau tak, masakan Imam Ghazali akan cakap macam ni.. "Perkara yang paling ringan dalam dunia ini adalah meninggalkan solat"..

kadang-kadang, kita rasa nak bersolat tu punya lah payah..lebih-lebih lagi macam masa selepas kita balik bekerja di waktu petang..mula-mula, kita lengah-lengahkan.. "oh, nanti dulu lah...lepak dulu..sat gi solat lah"....pastu dah makin lama makin lemak lambatkan solat sampai jadi "ermmm...tak payah lah solat"..see...itu masalah disiplin dengan PENCIPTA kita.. walaupun merasa terpaksa untuk menunaikan solat, kita mesti lakukan juga ibadah solat ini.. kita paksa diri kita..kerana keterpaksaan itu boleh mendatangkan keikhlasan.. insya Allah.. =)

itu baru bab solat...anyway tajuk post ni applicable untuk banyak situasi..banyak jer lagi benda yang maybe perlukan paksaan pada diri sendiri baru boleh dicapai..contoh lah..untuk seseorang wanita itu bertudung / kekal bertudung..bukan mudah untuk berterusan bertudung..korang boleh fikir sendiri ini macam mana, aku pun bukan baik sangat dalam bidang macam ni..cuma..korang boleh fikir sendiri..

biar terpaksa di dunia..sebab kat akhirat dah tak payah terpaksa dah.. =)

Sunday, September 9, 2012

Latest post.. *you don't say?*

assalmualaikum wbt..

hehe dah lama dah tak update blog ni..
current update, well hidup masih biasa..

dan alhamdulillah dah setahun aku kerja.. ^_____^ ..
walaupun maybe aku tak berapa suka dengan kerja aku..maybe aku rasa kurang suka environment kerja, Allah masih berikan aku  peluang unuk mengecapi rezeki-Nya.. but career advancement is a must..so tengok lah macam mana..

okey..lepas ni aku nak mula aktif kembali ber-blogging.. doakan..heee..

till the keyboard rocks again.. =)