Followers

Tuesday, January 29, 2013

First of '13

Assalamualaikum wbt..

Post ini akan jadi post yang pertama bagi tahun 2013..alhamdulillah, masih diizinkan-Nya untuk terus bernafas di muka bumi ini..

Dah nak habis bulan Januari sudah, tapi baru satu post ni saja yang aku tulis..tak apalah..kurang-kurang janganlah berhabuk kene tinggal langsung blog ni..sian dia..

Macam mana hidup setakat ini? Syukur, masih seperti biasa..cuma terdapat beberapa *masalah hati* yang kejap ada kejap tak ada..hehe..abaikan saja..

Kerja..masih berada di tempat yang lama..daripada seorang junior now dah jadi intermediate..masih belum pro macam akak-akak amoi yang lain, tapi slowly aku belajar daripada diaorang..Aku memang ada niat nak tukar kerja lain, tapi itulah, sampai sekarang masih belum berkesempatan..Mungkin belum rezeki aku lagi setakat ini, tak apalah, teruskan bekerja dan berusaha..

Kahwin? Tetttttttt....Soal sensitif tu..ececece..umur tak cukup 24 lagi dah sibuk-sibuk nak fikir lanjut pasal kahwin..tapi apa boleh buat...jumpa kaum kerabat ja.. *ikhsan bila lagi ni...?* , *hang tahun depan ka?* dan segala macam soalan berkaitan ditanyakan..Untuk setakat ini, insya Allah belum lagi..calon (s) *ehem2* pun masih samar-samar..inikan pula bertunang or apa-apa further..korang doakan lah ye untuk tuan blog yang *temporarily alone* nih.. =)

Kata orang, jangan memandai-mandai, kelak tersadai..
Kata orang, jangan serkap jarang, kelak dihina orang..
Kata orang, jangan mengungkit, nanti hidup tersungkit..
Kata orang, jangan berdendam, hati sentiasa remuk-redam..
Kata orang, jangan buta mengharap, kelak akan bisa sentap..

Apa pun kata orang, jangan penat berubah..jangan menyerah untuk menjadi lebih baik..kerana DIA sentiasa ada untuk kita..kita aje yang selalu terlupa pada-Nya..

-Salam-