Followers

Sunday, April 14, 2013

bila april tiba..

Assalamualaikum wbt..

Kaifahalukum jami'an? Alhamdulillah, masih diberi izin-Nya untuk menulis dan membaca..
April 2013 dah hampir separuh berlalu..tak ada apa sangat nak aku tuliskan, cuma mungkin ingin berkongsi secebis pengalaman yang mungkin tak seberapa ini..

Pada hujung dua minggu lepas, hari Ahad, aku berbual panjang dengan bekas rakan belajar di USM dahulu, mirip Aizat Amdan wajahnya, kacak rupawan :3 (eke belanja aku dah puji ni.. :p), berkisar soal kerjaya dan soal hidup, bahagian soal hidup itu kita abaikan ya? hehe. berkisar soal kerjaya..oleh sebab aku rasa seronok pula berborak dengan eke mengenai kerjaya..aku teruslah cuba apply kerja melalui laman sesawang jobstreet..

Okay, lepas login ke jobstreet, terus tengok lina punya suggestion..eh awek aku nama lina? bukan, lina ni kira macam satu sistem atau pemberi notifikasi jika terdapat pekerjaan yang mungkin kita ingin mohon berdasarkan spesifikasi yang telah kita tetapkan awal-awal di jobstreet..aku nampak nama sebuah syarikat.. Adecco..peluang pekerjaan : Helpdesk Analyst.. Lokasi : Cyberjaya. Wow. itu sudah menarik, aku pun tanpa segan-silu terus mencuba nasib memohon pekerjaan tersebut..semua ini dilakukan 15 minit sebelum aku masuk tidur..

Keesokan harinya, dalam waktu makan tengahari aku terima satu panggilan daripada pihak Adecco..menawarkan aku peluang pekerjaan di IBM Cyberjaya.. *apakah gerangannya yang berlaku ini? aku mencuba nasib di Adecco, tapi IBM pula yang memberi tawaran..* Semestinya aku menjawab bahawa aku berminat untuk posisi yang ditawarkan tersebut, dan aku ditetapkan untuk menghadiri temuduga pada Jumaat lepas (12 April)..dan 13 April pula aku perlu menduduki Peperiksaan masuk untuk Pegawai Tadbir Diplomatik (PTD M41) yang dianjurkan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) Malaysia. Dan ini merupakan kali ketiga aku menerima jemputan..

Dua hari besar itu telah selamat aku lalui dan hadapi..mungkin peperiksaan itu tidak menyebelahi nasib aku, tapi siapa yang tahu berkisar nasib dan rezeki melainkan Maha Pemberi, kan? Jadi aku cuba sajalah..Dan untuk temuduga bersama IBM, ianya berlangsung selama satu jam lima belas minit, agak lama bukan? Dan sejujurnya ini merupakan temuduga ku yang keempat atau mungkin kelima semenjak aku mula bekerja, jadi mungkin tidak berapa banyak pengalaman temuduga aku..Tapi syukurlah soalan yang ditanya oleh IBM banyak berkisar pada logik dan rasional seorang pembantu IT untuk para klien. Tapi, mereka langsung tidak melihat fail yang aku bawa yang mengandungi sijil-sijil dan salinan ijazah..Aku bertanyakan sama ada mereka perlu atau tidak untuk melihat sijil-sijil ini dan respon mereka adalah : - "People could bring a bunch of certificates and slam it down on the tables..but we did not cared much about those. What we see is the
personality and characteristics of the candidates."

Jadi aku pun terdiam mendengar kenyataan IBM, benar juga kan? Apa guna sijil segunung jika berpersonaliti kurang memuaskan? Selepas sejam suku bertemu duga, alhamdulillah habis juga sesi temuduga..Daripada respon-respon yang aku terima, aku agak yakin bahawa aku mampu menyandang jawatan tersebut..tapi tetap segala keputusan adalah daripada-Nya, aku redha dengan apa yang DIA telah tetapkan..

p/s: semoga aku juga mampu menjadi IBM-ers...mohon doa kalian..insya Allah. hehe.
p/s II: jawatan ini berkemungkinan melibatkan shif malam dan tak tentu masa..tidak mengapalah, aku masih keseorangan belum berteman : p



-- Orang yang banyak menempelak dan mengata, tak jauh bezanya daripada sesiapa yang mereka tempelak atau kata--

Thursday, April 4, 2013

khamis, malam Jumaat.

Assalamualaikum wbt..

Post kali ini adalah dengan tujuan untuk membiasakan diri kembali untuk ber-blogging..
Semenjak dah bekerja ni memanglah aku makin lama makin kurang rajin untuk menulis..

Tapi aku bertekad, dalam post dekat blog ini, aku nak tulis dengan bahasa melayu penuh..tak mahu tulis gunakan short-form atau bahasa pasar mahupun bahasa SMS.. usaha individual untuk memartabatkan bahasa ibunda. fuhh..sangat patriotik ya..

Semenjak dua menjak ini, aku memang sangat cepat berasa mengantuk, kerana penat bekerja barangkali? Bukan mudah bekerja setiap hari ini, walaupun orang lain macam cuma nampak kita menghadap komputer saja kerjanya. Tengkuk dan pinggang kena kuat untuk menenung objek-objek ini selama lebih kurang 8 jam.. :)

Apa yang aku sedang cuba bicarakan kali ini? Ahhh tak mengapalah, anggap saja tema post ini adalah bebas dan tidak berapa bermanfaat, lebih kepada usahaku memartabatkan bahasa ibunda..

Sekarang sudah masuk suku keempat bagi tahun 2013, macam-macam dah berlaku di sana sini..peristiwa pencerobohan pengganas ke negara kita, dan paling baru, bubarnya parlimen yang mana menandakan tarikh pilihanraya umum makin menghampiri. Rasa cuak pula memikirkan kali pertama nak mengundi..sebelum ini di USM, cuma menghadirkan diri untuk pilihanraya peringkat kampus. Kali ini lagi besar, semoga aku dapat mengundi dengan bijak. *Undi anda adalah RAHSIA..*

Dari hari ke hari makin lama makin banyak sahabat handai yang aku lihat berlumba-lumba mendirikan masjid..Oh bilakah akan tiba giliranku? Kawan baik di USM dahulu sudah hampir mahu menjadi bapa sudah..wah...baru sebaya umurku sudah nak ada anak...aku? Kahwin pun belum. Calon? Terlalu ramai sehingga aku sendiri pun curiga dengan perasaan diri sendiri *ini bohong sahaja okey?* ..  tak mengapalah, kerja bersungguh-sungguh, kumpul wang, cari calon bila pula? Mungkinkah sudah ada calon? Mungkinkah ada terjatuh hati? Mungkin, itu semua mungkin..tapi aku redha dengan perencanaan-Nya. Jika ada rezeki cepat dapat diijabkabulkan, alhamdulillah..... (amiinnnnnn..) haha, nampak sangat mengharap cepat juga. Mohon doa kalian para pembaca budiman.. =)

Maaflah jika post kali ini tidak banyak berfaedah..insya Allah kelak aku akan memperkayakan post aku dengan lebih banyak perkara atau isu yang ilmiah dan bermanfaat, insya Allah. Rasanya cukuplah setakat di sini, kuakhiri dengan ucapan salam sejahtera buat semua.