Followers

Thursday, April 4, 2013

khamis, malam Jumaat.

Assalamualaikum wbt..

Post kali ini adalah dengan tujuan untuk membiasakan diri kembali untuk ber-blogging..
Semenjak dah bekerja ni memanglah aku makin lama makin kurang rajin untuk menulis..

Tapi aku bertekad, dalam post dekat blog ini, aku nak tulis dengan bahasa melayu penuh..tak mahu tulis gunakan short-form atau bahasa pasar mahupun bahasa SMS.. usaha individual untuk memartabatkan bahasa ibunda. fuhh..sangat patriotik ya..

Semenjak dua menjak ini, aku memang sangat cepat berasa mengantuk, kerana penat bekerja barangkali? Bukan mudah bekerja setiap hari ini, walaupun orang lain macam cuma nampak kita menghadap komputer saja kerjanya. Tengkuk dan pinggang kena kuat untuk menenung objek-objek ini selama lebih kurang 8 jam.. :)

Apa yang aku sedang cuba bicarakan kali ini? Ahhh tak mengapalah, anggap saja tema post ini adalah bebas dan tidak berapa bermanfaat, lebih kepada usahaku memartabatkan bahasa ibunda..

Sekarang sudah masuk suku keempat bagi tahun 2013, macam-macam dah berlaku di sana sini..peristiwa pencerobohan pengganas ke negara kita, dan paling baru, bubarnya parlimen yang mana menandakan tarikh pilihanraya umum makin menghampiri. Rasa cuak pula memikirkan kali pertama nak mengundi..sebelum ini di USM, cuma menghadirkan diri untuk pilihanraya peringkat kampus. Kali ini lagi besar, semoga aku dapat mengundi dengan bijak. *Undi anda adalah RAHSIA..*

Dari hari ke hari makin lama makin banyak sahabat handai yang aku lihat berlumba-lumba mendirikan masjid..Oh bilakah akan tiba giliranku? Kawan baik di USM dahulu sudah hampir mahu menjadi bapa sudah..wah...baru sebaya umurku sudah nak ada anak...aku? Kahwin pun belum. Calon? Terlalu ramai sehingga aku sendiri pun curiga dengan perasaan diri sendiri *ini bohong sahaja okey?* ..  tak mengapalah, kerja bersungguh-sungguh, kumpul wang, cari calon bila pula? Mungkinkah sudah ada calon? Mungkinkah ada terjatuh hati? Mungkin, itu semua mungkin..tapi aku redha dengan perencanaan-Nya. Jika ada rezeki cepat dapat diijabkabulkan, alhamdulillah..... (amiinnnnnn..) haha, nampak sangat mengharap cepat juga. Mohon doa kalian para pembaca budiman.. =)

Maaflah jika post kali ini tidak banyak berfaedah..insya Allah kelak aku akan memperkayakan post aku dengan lebih banyak perkara atau isu yang ilmiah dan bermanfaat, insya Allah. Rasanya cukuplah setakat di sini, kuakhiri dengan ucapan salam sejahtera buat semua.

No comments:

Post a Comment