Followers

Tuesday, July 9, 2013

Al-Mubarak Tiba Lagi!

Assalamualaikum wbt!

Ahlan wasahlan, wamarhaban! Alhamdulillah, dah masuk 1 Ramadhan, dan mulai esok (10 Julai 2013) seluruh rakyat Malaysia akan mula menunaikan ibadah berpuasa.

Syukur kita ke hadrat Ilahi kerana masih diizinkan-Nya untuk berjumpa kembali dengan bulan Ramadhan. Bukan semua orang yang berpeluang untuk bertemu lagi dengan Ramadhan; ada yang dah pergi meninggalkan kita buat selama-lamanya, ada yang mungkin uzur dan tidak berkemampuan untuk berpuasa dan pelbagai lagi situasi yang tidak mengizinkan seseorang untuk berpuasa.

Sempena Ramadhan kali ini, marilah kita sedaya-upaya memperbaiki diri dari pelbagai sudut yang kita perasan akan kekurangannya. Sebenarnya, usaha untuk mencapai perubahan itu tidak spesifik dimulakan pada bulan Ramadhan, cuma boleh kita jadikan bulan Ramadhan sebagai initial point untuk perubahan, biar perlahan-lahan, janji berterusan dan beristiqamah, insya Allah.

Ramadhan kali ini, biarlah lebih bermakna..
Ramadhan kali ini, biar lebih usahanya..
Ramadhan kali ini, lakukan yang terbaik kerana-Nya..

Selamat berpuasa kalian! Jangan tak puasa tanpa sebarang keuzuran tau! =)

Monday, July 1, 2013

Rasa yang datang tiba-tiba.

Assalamualaikum wbt.

Hey folks, how'd you doing?? Hope that we're doing great, be it on our working field, studying field or anything that we're currently attempting. Sorry if the post's title is kinda misleading or what, but this entry shall be written in English.. Hope that you could bear with all the grammatical error or inappropriate usage of wordings / sentences.

Have you ever felt the feeling of hopelessness? Loneliness? Sudden sadness? Well, yeah, I'm kinda regular customer of that feeling. Sometimes, unwanted tears comes creeping down uncontrollable. But, obviously it's not something that are easily shown to others. But at certain time, it do happens. Over thinking is one of the factor that contributes. Let me take an example. For instance when I started to be comparing myself with others, who are much more better than me, i.e: richer / cleverer etc etc; that feeling of hopelessness appears out of nowhere. Now, this is what we called as being pessimistic. Expecting the worst out of things, being negative on literally everything, and didn't allow any room of self-forgiveness for thinking badly. But we do need to remember, if we are always comparing ourselves with those who are fortunate or less fortunate, we need to realized that everything was happening because of our Creator. We're not literally blaming Him or what, but we need to realize, everything that we have or we hold, all are gifts and blessings for him, so does tests, hardships and problems.

Why do we need to fight back those negative feelings? It's because there's none other than our own self who could fight back those feelings. Return to reality, as reality defines us.  Accept the tests or hardships as a kind of gift to us, His beloved creation.

"Allah does not place a burden to a soul greater than it can bear. It gets every good that it earns, and it suffers every ill that it earns." Surah Al-Baqarah [2:286]"

Allah won't be testing us with things / problems that we could not bear, insya Allah there will always be a way out for all those things. To Him we need to believe, and to Him we must surrender. Although it turns out that we may not (or will never) get the things that we wanted, do not be sad, as there will always be a reason of it.

"It is possible that you dislike a thing which is good for you, and that you love a thing, which is bad for you. But Allah knows, while you know not." Surah Al-Baqarah [2:216]"

Every clouds have their own silver lining. Although we may find that there are quite a number of things / problems that are definitely being against our odd, don't surrender, as there must be a strong-valid reason for all the things that happen. It's not easy to calm ourselves, but it wouldn't hurt to try. May our effort are all blessed by Allah, and may His guidance befallen us all, insya Allah.

Thanks for reading a piece of my mind, dear reader.
Thanks and thanks again. Very-very much.

Assalamualaikum wbt. =)

Monday, June 24, 2013

Judgmental atau Perceptive ?

Assalamualaikum wbt..

Alhamdulillah, hari ini dah masuk 16 Syaaban 1434H. Maknanya, insya Allah, dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki, kita bakal bertemu ramadhan al-mubarak dalam tempoh 2 minggu daripada hari ini.
Jadi apa persiapan kita? Training puasa dahulu? Atau mengurangkan makan? Buatlah apa-apa cara untuk persiapan sekalipun, asalkan perkara tersebut berfaedah dan tidak merugikan.

Dalam masa 2 minggu lepas aku dan keluarga pulang daripada kota suci Mekah, Malaysia menerima ujian getir. Seperti yang kita maklum dan baca, jerebu telah mula melanda sebahagian pelosok Malaysia, yang palik teruk mengalaminya adalah negeri-negeri di pantai barat dan selatan Semenanjung Malaysia. Semalam anak buah aku dah dapat cuti sekolah kerana bacaan IPU (Indeks Pencemaran Udara) di Kajang (umumnya Selangor) berada pada tahap yang kurang baik, dan boleh akibatkan jadi tidak sihat. Oleh itu kepada semua, banyakkan minum air dan pakailah face mask tu kalau perlu keluar..

Okeh, berbalik pada tajuk post ini. Ini ada kaitan sikit lah kot dengan motivasi, korang boleh cuba Google untuk mendapatkan penerangan mahupun informasi lanjut. Apa itu Judgmental? Apa itu Perceptive? Baik, apa yang aku bakal nyatakan mungkin benar mungkin tidak, bergantung pada pandangan dan komen korang.

Judgmental, perkataan dasarnya adalah judge. Makna dalam bahasa Melayu adalah hakim. Jadi judgmental bermakna menghakimi. Bagi perceptive pula, kata dasarnya adalah perception, kata pinjaman bahasa Melayu adalah persepsi, atau tanggapan. Jadi makna untuk perceptive adalah menganggap. Melakukan anggapan dan penghakiman adalah dua proses yang sangat berlainan. Boleh jadi apabila kita cuba menghakimi, kita akan membuat anggapan dahulu. Dan mungkin juga apabila kita membuat tanggapan, kita menghakimi terlebih dahulu.

Okey. Rasa confused? Aku pun.

Baiklah..point aku sebenarnya, adalah kita kena jadi lebih perceptive daripada judgmental. Kenapa? Pertama-tamanya, kita tidak boleh terlalu menghakimi tanpa mengkaji atau mencari infomasi / menyelidik terlebih dahulu. Apabila kita membuat tanggapan atau persepsi, hendaklah kita kaji selidik mengenai pendapat/pandangan tersebut sebelum kita mula menghakimi (judging) pada sesuatu perkara / isu / benda. Jangan terlalu menghukum lebih awal tanpa kaji selidik dahulu. Tapi dalam masa yang sama, janganlah kita jadi terlalu paranoid dan berfikiran secara pessimist (sentiasa berfikiran -ve). Jadilah seorang yang optimist, tapi bersederhana, jangan terlalu paranoid dan jangan terlalu suka menghakimi secara awal tanpa kajian atau penyelidikan. Aku pun tak sempurna, bukanlah aku seorang yang betul / bijak serba-serbi untuk aku kongsi perkara macam ini dengan korang. Cuma malam ini aku sangat rasa aku perlu menulis berkenaan menjadi Perceptive atau Judgmental dekat transcendthetime ni.

Maaflah andai kata post kali ini sedikit membosankan kerana ini sebenarnya adalah antara beberapa perkara yang selalu bermain dalam kotak fikiran aku, dan aku cuma nak sampaikan pada korang, para pembaca budiman. Yang baik itu datang daripada-Nya. Yang kurang baik itu atas kelemahan aku sendiri. Terima kasih kerana sudi meluangkan diri untuk membaca.

Jadilah optimis, jangan jadi pesimis. Jadilah perceptive, janganlah jadi terlalu judgmental. =)

Monday, June 17, 2013

Travelog Umrah 2013 - Part 1 : Madinah

Assalamualaikum wbt semua!

Kali ini, aku nak berkongsi pengalaman / mempromosi / me-review perjalanan umrah aku dan keluarga pada 3 Jun yang lalu sehingga 15 Jun 2013. Oleh kerana aku merasakan post ini akan menjadi agak panjang dengan segala bagai gambar apa semua, jadi aku akan bahagikan post berkaitan umrah ini kepada dua bahagian. Bahagian pertama adalah ketika kami tiba di Madinah dan bahagian kedua adalah ketika kami di Mekah.

Okey, let’s get started!


Kami bertolak dari rumah lebih kurang pada pukul 5.00 pagi (3 Jun 2013) untuk menuju ke KLIA. Dua kereta digunakan, satu cik W yang dipandu oleh abang aku dan sebuah kereta lagi kepunyaan adik ipar pada kak ipar aku (ni disebut ipar duai ke? kantoi sikit BM di situ..). Alhamdulillah jalan clear dan kami tiba di KLIA lebih kurang pada pukul 6.00++ pagi, dan solat subuh dahulu, kena check in lebih kurang pada pukul 8.00 pagi. Jadi untuk mengelakkan kesesakan lalulintas akibat orang ramai keluar bekerja, rela lagi kami keluar jauh lebih awal supaya dapat menepati masa. Oh ya. Agensi yang kami gunakan khidmatnya untuk menunaikan umrah ini adalah Rakyat Travel, (dah tolong promote lah kiranya ni untuk Rakyat Travel). Ramai sahabat handai yang mengatakan bahawa kurang maklum / tidak tahu menahu berkaitan agensi ini, jadi oleh sebab aku dah promote kat sini, sila rujuk dan baca website mereka, alhamdulillah, tidak ada cacat cela dalam pengurusan mereka sepanjang kami mengerjakan umrah. Ada juga beberapa rintangan dan cabaran yang kami hadapi, tetapi lumrah lah hidup kita ini kan dipenuhi pelbagai cabaran? Pasti ada hikmah atas semua yang berlaku.. =)

Okey, sambung.

Flight kami adalah lebih kurang dalam pukul 10.00 pagi. Jadi sementara menunggu masa lepas check-in barang, kami pergi lah menelan apa yang patut. Aku pulak time tu seharian tak tidur, takut kesiangan dan tak bangun pagi, di samping membantu cik F buat kerja sikit. Oops, siapa cik F? Akan diterangkan dalam post yang berlainan. =P

-semua muka riang gembira-


Buat pengetahuan korang, selepas 23 tahun, ini adalah kali pertama aku berpeluang untuk menaiki kapal terbang, alhamdulillah. Mungkin korang lebih bernasib baik dan ada rezeki untuk naik kapal terbang lebih awal juga, alhamdulillah untuk korang. Mula-mula rasa nervous lah jugak sikit, first time lah katakan. Macam-macam benda -ve yang aku terfikir pasal kapal terbang ni, tapi aku tolak tepi semua, dan nampaknya, lebih kurang je perasaan macam naik bas ekspress di lebuh raya. So, tak ada apa-apa masalah lah bagi aku untuk naik flight.

Penerbangan ke Madinah ini mengambil masa lebih kurang 8 jam lebih. Bertolak pukul 10.00 pagi waktu Malaysia, dan tiba di bumi al-Munawwarah lebih kurang pada pukul 1.30 tengah hari waktu Arab Saudi (tolak 5 jam daripada waktu di Malaysia)

-kami naik MAS-

Kami berada di Madinah tidak lama, daripada 3 Jun (Isnin) sehingga tengahari 7 Jun (Jumaat). Walaupun begitu, pelbagai aktiviti telah pihak Rakyat Travel rancangkan. Setibanya kami di Madinah pada tengahari 3 Jun 2013, kami dibawa ke hotel penginapan kami, iaitu Hotel Mubarak Madinah.



::3 Jun 2013::

Hari pertama kami tiba, tidak ada aktivit yang dirancangkan, jadi semua orang adalah bebas untuk melakukan aktiviti masing-masing. Kami makan, dan solat zohor di bilik hotel. Lauk-pauk yang dihidangkan sewaktu makan tengahari ternyata membuka selera (tak ingat pula lauk apa yang dimakan hari pertama tu).. Dan alhamdulillah, asar merupakan waktu solat fardhu pertama yang kami dapat tunaikan di Masjid Nabawi.
Jarak hotel kami ke Masjid Nabawi adalah agak dekat, lebih kurang 50 meter.

Kali pertama tengok Masjid Nabawi, rasa terharu dan kagum melihat senibinanya yang kelihatan amat gah dan utuh, dan tak lupa juga sangat luas tapak Masjid Nabawi ni.. Sila melihat beberapa gambar yang sempat aku snap. (semua adalah gambar daripada handphone, jadi mungkin kurang memuaskan)..

-Pintu King-Fahd..memang besar gila pintu ni. Aku yang besar ni pun nampak kecik compare dengan pintu-

-tak silap ni time pagi kot-

-diambil pada waktu petang-

-bahagian dalam Masjid Nabawi, subhanallah..memang cantik gila kat dalam-

-malam hari-

::4 Jun 2013::

Pada hari kedua, lebih kurang dalam pukul 7.00 pagi, kami dikehendaki berhimpun untuk lawatan ke beberapa tempat berdekatan Masjid Nabawi. Kami diasingkan kepada 2 kumpulan, kumpulan lelaki dan kumpulan wanita. Bagi kumpulan wanita, mereka akan dibawa masuk terus ke kawasan Raudhah dalam Masjid Nabawi. Penerangan lanjut berkenaan kawasan Raudhah, sila rujuk laman web berikut yang aku jumpa semasa *berjalan-jalan* meng-google informasi mengenai Raudhah. Oleh kerana ada tempoh waktu dan jangka masa tertentu untuk kaum Hawa masuk ke kawasan Raudhah, jadi adalah sedikit lama mereka perlu beratur untuk masuk ke kawasan Raudhah, berlainan dengan lelaki, yang tiada halangan masa / jangka waktu tertentu untuk masuk kawasan Raudhah.

Bagi kaum lelaki pula, kami dibawa melawat beberapa tempat berhampiran Masjid Nabawi. Saqifah Bani Saidah, Masjid bagi Saidina Abu Bakar, Masjid Saidina Umar, Masjid Saidina Uthman, Masjid Saidina Ali, tapak pasar lama untuk perdagangan sewaktu zaman Rasulullah SAW, dan laluan yang Rasulullah lalui sewaktu main kejar-kejar dengan isteri baginda Aishah R.A. Mutawif yang membawa kami merupakan pelajar dekat sana (tak ingat nama Uni) dan kami panggilnya Ustaz Wan.. Sila rujuk beberapa imej di bawah..

-Saqifah Bani Sa'idah-



Saqifah Bani Sa'idah ini merupakan lokasi di mana perlantikan Saidina Abu Bakar as-Siddiq RA sebagai Khalifah ar-Rasyidin yang pertama selepas kewafatan Rasulullah SAW. Gambar di bawah merupakan penerangan lanjut berkenaan peristiwa di tempat ini.

-Sejarah Saqifah Bani Saidah-

-Masjid-masjid sahabat Rasulullah SAW-



-tapak pasar / tempat perdagangan semasa zaman Rasulullah SAW.-


Selepas tamat berjalan di sekitar Masjid Nabawi, Ustaz Wan bawak pulak kami ke kawasan Raudhah...Sesampai je ke Pintu As Salam (Bab As-Salam) rasa macam berdebar-debar dan nervous je. Kenapa? Makam Rasulullah kat dalam tu kot...... Allahuakbar, tu la orang kata pergi buat umrah pun, digelar tetamu Allah, kerana bukan semua orang diberikan peluang untuk menjejakkan kaki di bumi para Anbia' ni.. berikut few yang aku sempat snap time dalam lawatan ke kawasan Raudhah..


-Kawasan Raudhah ditandai dengan tiang ada corak hijau seperti di atas-


-Makam Rasulullah, Saidina Abu Bakar dan Saidina Umar...al-Fatihah-


Masa berada dalam kawasan Raudhah ni, rasa sayu je..Kalau berkesempatan berkunjung untuk umrah, apabila masuk ke kawasan Raudhah, banyakkan lah berdoa kerana dikatakan doa yang diminta dalam kawasan Raudhah adalah sangat mustajab, sila refer link blog berkenaan Raudhah yang aku bagi dekat atas tadi..






::5 Jun 2013::


Pada 5 Jun, kami dibawa pula ke beberapa tempat lain yang agak jauh daripada Masjid Nabawi. Mengikut turutan : Masjid Quba', ladang kurma, Masjid Qiblatain dan terakhir Jabal Uhud.

Pada pukul 6.30 pagi, kami bertolak beramai-ramai menaiki bas. Jemaah umrah yang dikelolakan Rakyat Travel ini lebih kurang seramai 46 orang. Semua tempat yang aku nyatakan di atas dapat kami pergi, kecuali Majlis Qiblatain, kerana kekangan masa. Berikut merupakan beberapa gambar berkaitan:-



-Masjid Quba'-


Alhamdulillah, kami dapat menjejakkan kaki di salah sebuah masjid yang Rasulullah SAW bina dalam perjalanan hijrah baginda dari Mekah ke Kota Madinah. Suasana dalam Masjid Quba' ni rasa redup aje, dan sangat menenangkan. Kami mengambil kesempatan untuk menunaikan solat sunat di Masjid Quba' ini.


-Jabal Uhud-
Tempat ini ada Makam Syuhada'. Perkuburan mereka adalah tidak bertanda. Ustaz Wan membaca doa untuk para Syuhada' dan kami mengaminkan doa yang beliau bacakan. Sewaktu dekat Bukit Uhud ni, sangat-sangat panas cuaca di Madinah, tapi tetap tak hilang perasaan sayu apabila mendengar kisah / sejarah yang Ustaz Wan ceritakan..



-Kilang al-Quran-

Untuk gambar di atas, ini adalah gambar sewaktu kami berbaris selama hampir sejam lamanya untuk mendapatkan naskhah al-Quran percuma dari kilang mencetak al-Quran..Untuk pengetahuan korang, Masjid Nabawi dan Masjidil Haram hanya menerima al-Quran cetakan kilang ini sebagai derma / wakaf, lebih kurang macam diorang buat quality control untuk al-Quran yang didermakan di dua buah masjid besar ini.


-Kilang al-Quran-

Kedua-dua buah gambar atas dan bawah menunjukkan bahagian dalam kilang pemprosesan untuk percetakan dan pembukuan al-Quran.

-Kilang al-Quran-




Dan selepas hampir sejam beratur untuk mendapatkan naskhah percuma al-Quran, hasilnya adalah seperti gambar di atas. =)


-Ladang Kurma-



-Ladang Kurma-


Cuba korang tengok pokok buah kurma tu, sekali imbas tak jauh beza dengan pokok kelapa sawit dekat Malaysia kan? Dekat ladang kurma ni, memang sangat ramai orang membeli kurma, coklat, gula-gula, mahupun kurma hibrid (yang ada chocolate di dalam...ada kurma berbiji almond, kurma yang isinnya kacang pintar --pistachio--). Kurma hibrid adalah istilah yang sengaja aku cipta, tak ada digunakan oleh sesiapa dan di mana-mana. Selepas itu tamatlah ziarah kami di Madinah al-Munawwarah, dan masing-masing bawa pulang bermacam-macam jenis kurma mahupun chocolate dari ladang ini.

Untuk hari berikutnya iaitu Khamis, 6 Jun, tidak terdapat aktiviti yang diperuntukkan, maka ia adalah masa bebas untuk kami berjalan-jalan jika mahu membeli-belah mahupun bermakan-makan.

-contoh shophouse-

Gambar di atas merupakan contoh salah sebuah kedai yang boleh dijumpai berhampiran hotel kami. Percayalah, sungguh banyak dan bermacam-macam jenis produk / jubah / kopiah / tasbih yang boleh didapati dengan harga berpatutan. Terutama bagi kaum Hawa, jubah-jubah yang boleh korang dapatkan di sekitar Madinah mempunyai corak dan design yang cantik (kot, aku pun tak tahu nak decide..korang kena tengok sendiri). Tapi jangan pula jadikan aktivit ber-shopping sebagai tujuan utama untuk menunaikan umrah..Jadikan aktiviti ini sebagai sampingan.. =)


Di Madinah al-Munawwarah..ada 2 peristiwa yang aku tak boleh lupakan..

Peristiwa pertama, sewaktu lepas solat Asar (kalau tak silap) di Masjid Nabawi. Sedang aku dan abang aku menunggu kak ipar untuk pulang ke hotel, tiba-tiba aku disapa oleh seorang abang ni. Orang Malaysia rupanya.

"Assalamualaikum bang! Bang, saya nak mintak tolong sikit.." kata bro tu.
"Ya kenapa?" Dan aku perasan dia berkaki ayam..

"Sandal saya hilang lah bang, kena rembat, nak jalan kaki ayam pulak panas sangat. Jadi nak mintak tolong abang belikan saya selipar." Simpati aku dengan bro ni, dia bagi aku 20 riyal, dan mintak aku tolong belikan selipar. Jadi aku pun belikanlah selipar dia dengan harga 15 riyal. Waktu aku pulangkan baki 5 riyal, dia kata tak perlulah, anggaplah ia sebagai hadiah. Alhamdulillah, sampai sekarang duit 5 riyal tu elok aku simpan, tak digunakan kerana ia merupakan hadiah daripada orang lain. Dalam ribuan orang tu, Allah temukan dia dengan aku untuk aku bantu dia, syukur..

Dan untuk peristiwa kedua, ia adalah lebih epik lagi..Daripada hari Khamis itu, tak ada elektrik di kawasan persekitaran hotel kami. Lif tak boleh digunakan, lif barangan sahaja yang beroperasi..Dan hotel 13 tingkat yang penuh dihuni, jadi korang boleh bayangkan bagaimana berebutnya para jemaah yang tinggal di hotel yang sama dengan kami.. Bilik aku di tingkat 8 / 9, dua kali aku merasa naik dan turun in total 11 tingkat *sebab ada 2-3 floor khas untuk dining hall* termasuk 8/9 tingkat tadi. Memang dugaan itu sungguh besar, dan memerlukan kesabaran yang luar biasa. Dan keesokan harinya, Khamis, kejadian yang lebih dahsyat berlaku..Hotel yang berada berdekatan dengan hotel kami, iaitu Al-Ansar Golden Hotel telah terbakar penthousenya. Masya-Allah, sungguh menyeramkan dan mengejutkan. Beberapa gambar untuk tatapan korang..








Tidak pula kami dengar apa-apa berita mengenai kemalangan jiwa di sekitar tempat kejadian, walaupun kelihatan sangat banyak ambulans dan kereta polis tiba di tempat kejadian.


Jadi basically, inilah apa yang aku boleh kongsikan ketika berada di Madinah al-Munawwarah sebelum sesi ibadah umrah kami bermula secara rasmi di Makkah al-Mukarramah.

Post susulan untuk bahagian 2 ketika di Makkah akan aku buat jugak, selepas mengumpul cukup gambar dan mood untuk menaip.

Aku mintak maaf kerana post kali ini agak panjang. Dan aku harapkan bermanfaat untuk korang.
Dan jika terdapat apa-apa fakta atau perkara yang aku nyatakan adalah tidak tepat, korang sangatlah digalakkan untuk memperbetulkannya, maybe boleh komen dekat post ni dan inform aku, okey?

Assalamualaikum wbt.. =)



Friday, May 31, 2013

June, bulan Enam.

Assalamualaikum wbt..

Today is the last day for May.. It have been quite a busy month.. for me at least.. how about you guys? Hoped that you're all on the pink of health.. As of me, I'm currently recovering from fever..38.1°C..  Quite a fever eh? You should all see me when I was hit with 39 degree fever..that's the worst I've encountered..about few months back then..


Anyway, the post is not exactly meant to be explaining about the fever or what not, it's just that I think that it's been quite long since I last blogging in English, so I would like to take the opportunity to do it. Although the title of the post itself is a mixture of English and Bahasa Melayu, never mind though..

In a few days, insya Allah, my family and I will be performing umrah in Makkah al-mukarramah, from the 3rd of June to 14th of June. It's undeniably exciting, and it shall be my first experience of boarding an aeroplane, alhamdulillah for the chance. But still, I'm quite thrilled and feeling a bit afraid. Nevertheless, the golden opportunity shouldn't be ignored.

Our preparations could be categorized as complete, as of now, I could say most of things had been thoroughly packed and arranged, just awaiting for the moment to take off on Monday morning. Do pray for us, fellow folks, insya Allah.. =)


For all the prayers and wishes, many thanks in advance.
Insya Allah, I will always be praying for my dearest friends, and also you, fellow readers. May Allah bless us all, aminn.

*too excited to write more.

*too nervous to write more.

Thursday, May 16, 2013

Midst of May.

Assalamualaikum wbt..

Jarang sungguh aku update blog sekarang ni...kerana busy kerja kah? Oh, dekat office memang tak boleh ber-blogging, orang network block blogger punya website..takmau pekerja ber-blogging masa office hour kot?? -.-'' apa-apalah..

Hari ini 16 Mei 2013, dan semua orang meraikan hari guru dengan pelbagai cara..murid-murid di sekolah meraikan guru mereka dengan pelbagaia acara..di facebook dengan pelbagai ucapan hari guru..dan tak lupa juga di blogger atau twitter, semua orang menghargai para guru. beruntunglah para guru kerana selalu menerima doa dan harapan oleh bekas2 pelajar mereka..aku pun nak jadi gurulah..

kalau nak jadi guru biasanya kenalah apply masuk ke maktab perguruan..tu yang biasa aku tahu.maybe banyak cara lain yang aku maybe kurang periksa..bagi mereka yang telah lepas tahap sarjana muda (degree) juga, anda masih berkelayakan untuk menjadi guru...bagaimana? lanjutkan pelajaran ke tahap Sarjana (master) ..

insya Allah, lagi empat bulan aku akan genap 2 tahun bekerja..rasa macam baru aje masuk USM *nampak sangat uni-sick (rindu kawan2 U) ni* .. cherish every single seconds that we get, as those will never ever be replaceable.. bercakap pasal guru ni kan, aku dah apply untuk sambung pengajian secara separa masa (part time) untuk peringkat Sarjana di UiTM Shah Alam. Mohon doa kalian agar dipermudahkan urusan dan dapat lanjutkan pelajaran dengan jayanya..

Sambung master secara part time ni akan jadi sangat mencabar. Kerana apa?

Hari biasa *Isnin - Jumaat* -- bekerja.
Hari minggu *Sabtu - Ahad* -- Kelas, belajar, buat tugasan, rehat (pun nak kira tu..haha)

Pembahagian masa, ketahanan diri mental dan fizikal, semuanya memainkan peranan yang amat penting dalam sesi pembelajaran dan membuat tugasan..

Tapi mujurlah, tidak mencuba nasib seorang diri.. Mohon doa kalian juga untuk mendoakan rakan saya yang seorang lagi yang turut mencuba nasib melanjutkan pelajaran ke peringkat sarjana, juga secara part time..
Insya Allah kita boleh!!

--nervous yang amat sebenarnya ni--

Till the finger dances around, regards, minna-san. =)

Sunday, April 14, 2013

bila april tiba..

Assalamualaikum wbt..

Kaifahalukum jami'an? Alhamdulillah, masih diberi izin-Nya untuk menulis dan membaca..
April 2013 dah hampir separuh berlalu..tak ada apa sangat nak aku tuliskan, cuma mungkin ingin berkongsi secebis pengalaman yang mungkin tak seberapa ini..

Pada hujung dua minggu lepas, hari Ahad, aku berbual panjang dengan bekas rakan belajar di USM dahulu, mirip Aizat Amdan wajahnya, kacak rupawan :3 (eke belanja aku dah puji ni.. :p), berkisar soal kerjaya dan soal hidup, bahagian soal hidup itu kita abaikan ya? hehe. berkisar soal kerjaya..oleh sebab aku rasa seronok pula berborak dengan eke mengenai kerjaya..aku teruslah cuba apply kerja melalui laman sesawang jobstreet..

Okay, lepas login ke jobstreet, terus tengok lina punya suggestion..eh awek aku nama lina? bukan, lina ni kira macam satu sistem atau pemberi notifikasi jika terdapat pekerjaan yang mungkin kita ingin mohon berdasarkan spesifikasi yang telah kita tetapkan awal-awal di jobstreet..aku nampak nama sebuah syarikat.. Adecco..peluang pekerjaan : Helpdesk Analyst.. Lokasi : Cyberjaya. Wow. itu sudah menarik, aku pun tanpa segan-silu terus mencuba nasib memohon pekerjaan tersebut..semua ini dilakukan 15 minit sebelum aku masuk tidur..

Keesokan harinya, dalam waktu makan tengahari aku terima satu panggilan daripada pihak Adecco..menawarkan aku peluang pekerjaan di IBM Cyberjaya.. *apakah gerangannya yang berlaku ini? aku mencuba nasib di Adecco, tapi IBM pula yang memberi tawaran..* Semestinya aku menjawab bahawa aku berminat untuk posisi yang ditawarkan tersebut, dan aku ditetapkan untuk menghadiri temuduga pada Jumaat lepas (12 April)..dan 13 April pula aku perlu menduduki Peperiksaan masuk untuk Pegawai Tadbir Diplomatik (PTD M41) yang dianjurkan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) Malaysia. Dan ini merupakan kali ketiga aku menerima jemputan..

Dua hari besar itu telah selamat aku lalui dan hadapi..mungkin peperiksaan itu tidak menyebelahi nasib aku, tapi siapa yang tahu berkisar nasib dan rezeki melainkan Maha Pemberi, kan? Jadi aku cuba sajalah..Dan untuk temuduga bersama IBM, ianya berlangsung selama satu jam lima belas minit, agak lama bukan? Dan sejujurnya ini merupakan temuduga ku yang keempat atau mungkin kelima semenjak aku mula bekerja, jadi mungkin tidak berapa banyak pengalaman temuduga aku..Tapi syukurlah soalan yang ditanya oleh IBM banyak berkisar pada logik dan rasional seorang pembantu IT untuk para klien. Tapi, mereka langsung tidak melihat fail yang aku bawa yang mengandungi sijil-sijil dan salinan ijazah..Aku bertanyakan sama ada mereka perlu atau tidak untuk melihat sijil-sijil ini dan respon mereka adalah : - "People could bring a bunch of certificates and slam it down on the tables..but we did not cared much about those. What we see is the
personality and characteristics of the candidates."

Jadi aku pun terdiam mendengar kenyataan IBM, benar juga kan? Apa guna sijil segunung jika berpersonaliti kurang memuaskan? Selepas sejam suku bertemu duga, alhamdulillah habis juga sesi temuduga..Daripada respon-respon yang aku terima, aku agak yakin bahawa aku mampu menyandang jawatan tersebut..tapi tetap segala keputusan adalah daripada-Nya, aku redha dengan apa yang DIA telah tetapkan..

p/s: semoga aku juga mampu menjadi IBM-ers...mohon doa kalian..insya Allah. hehe.
p/s II: jawatan ini berkemungkinan melibatkan shif malam dan tak tentu masa..tidak mengapalah, aku masih keseorangan belum berteman : p



-- Orang yang banyak menempelak dan mengata, tak jauh bezanya daripada sesiapa yang mereka tempelak atau kata--