Followers

Monday, June 24, 2013

Judgmental atau Perceptive ?

Assalamualaikum wbt..

Alhamdulillah, hari ini dah masuk 16 Syaaban 1434H. Maknanya, insya Allah, dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki, kita bakal bertemu ramadhan al-mubarak dalam tempoh 2 minggu daripada hari ini.
Jadi apa persiapan kita? Training puasa dahulu? Atau mengurangkan makan? Buatlah apa-apa cara untuk persiapan sekalipun, asalkan perkara tersebut berfaedah dan tidak merugikan.

Dalam masa 2 minggu lepas aku dan keluarga pulang daripada kota suci Mekah, Malaysia menerima ujian getir. Seperti yang kita maklum dan baca, jerebu telah mula melanda sebahagian pelosok Malaysia, yang palik teruk mengalaminya adalah negeri-negeri di pantai barat dan selatan Semenanjung Malaysia. Semalam anak buah aku dah dapat cuti sekolah kerana bacaan IPU (Indeks Pencemaran Udara) di Kajang (umumnya Selangor) berada pada tahap yang kurang baik, dan boleh akibatkan jadi tidak sihat. Oleh itu kepada semua, banyakkan minum air dan pakailah face mask tu kalau perlu keluar..

Okeh, berbalik pada tajuk post ini. Ini ada kaitan sikit lah kot dengan motivasi, korang boleh cuba Google untuk mendapatkan penerangan mahupun informasi lanjut. Apa itu Judgmental? Apa itu Perceptive? Baik, apa yang aku bakal nyatakan mungkin benar mungkin tidak, bergantung pada pandangan dan komen korang.

Judgmental, perkataan dasarnya adalah judge. Makna dalam bahasa Melayu adalah hakim. Jadi judgmental bermakna menghakimi. Bagi perceptive pula, kata dasarnya adalah perception, kata pinjaman bahasa Melayu adalah persepsi, atau tanggapan. Jadi makna untuk perceptive adalah menganggap. Melakukan anggapan dan penghakiman adalah dua proses yang sangat berlainan. Boleh jadi apabila kita cuba menghakimi, kita akan membuat anggapan dahulu. Dan mungkin juga apabila kita membuat tanggapan, kita menghakimi terlebih dahulu.

Okey. Rasa confused? Aku pun.

Baiklah..point aku sebenarnya, adalah kita kena jadi lebih perceptive daripada judgmental. Kenapa? Pertama-tamanya, kita tidak boleh terlalu menghakimi tanpa mengkaji atau mencari infomasi / menyelidik terlebih dahulu. Apabila kita membuat tanggapan atau persepsi, hendaklah kita kaji selidik mengenai pendapat/pandangan tersebut sebelum kita mula menghakimi (judging) pada sesuatu perkara / isu / benda. Jangan terlalu menghukum lebih awal tanpa kaji selidik dahulu. Tapi dalam masa yang sama, janganlah kita jadi terlalu paranoid dan berfikiran secara pessimist (sentiasa berfikiran -ve). Jadilah seorang yang optimist, tapi bersederhana, jangan terlalu paranoid dan jangan terlalu suka menghakimi secara awal tanpa kajian atau penyelidikan. Aku pun tak sempurna, bukanlah aku seorang yang betul / bijak serba-serbi untuk aku kongsi perkara macam ini dengan korang. Cuma malam ini aku sangat rasa aku perlu menulis berkenaan menjadi Perceptive atau Judgmental dekat transcendthetime ni.

Maaflah andai kata post kali ini sedikit membosankan kerana ini sebenarnya adalah antara beberapa perkara yang selalu bermain dalam kotak fikiran aku, dan aku cuma nak sampaikan pada korang, para pembaca budiman. Yang baik itu datang daripada-Nya. Yang kurang baik itu atas kelemahan aku sendiri. Terima kasih kerana sudi meluangkan diri untuk membaca.

Jadilah optimis, jangan jadi pesimis. Jadilah perceptive, janganlah jadi terlalu judgmental. =)

No comments:

Post a Comment