Followers

Thursday, May 16, 2013

Midst of May.

Assalamualaikum wbt..

Jarang sungguh aku update blog sekarang ni...kerana busy kerja kah? Oh, dekat office memang tak boleh ber-blogging, orang network block blogger punya website..takmau pekerja ber-blogging masa office hour kot?? -.-'' apa-apalah..

Hari ini 16 Mei 2013, dan semua orang meraikan hari guru dengan pelbagai cara..murid-murid di sekolah meraikan guru mereka dengan pelbagaia acara..di facebook dengan pelbagai ucapan hari guru..dan tak lupa juga di blogger atau twitter, semua orang menghargai para guru. beruntunglah para guru kerana selalu menerima doa dan harapan oleh bekas2 pelajar mereka..aku pun nak jadi gurulah..

kalau nak jadi guru biasanya kenalah apply masuk ke maktab perguruan..tu yang biasa aku tahu.maybe banyak cara lain yang aku maybe kurang periksa..bagi mereka yang telah lepas tahap sarjana muda (degree) juga, anda masih berkelayakan untuk menjadi guru...bagaimana? lanjutkan pelajaran ke tahap Sarjana (master) ..

insya Allah, lagi empat bulan aku akan genap 2 tahun bekerja..rasa macam baru aje masuk USM *nampak sangat uni-sick (rindu kawan2 U) ni* .. cherish every single seconds that we get, as those will never ever be replaceable.. bercakap pasal guru ni kan, aku dah apply untuk sambung pengajian secara separa masa (part time) untuk peringkat Sarjana di UiTM Shah Alam. Mohon doa kalian agar dipermudahkan urusan dan dapat lanjutkan pelajaran dengan jayanya..

Sambung master secara part time ni akan jadi sangat mencabar. Kerana apa?

Hari biasa *Isnin - Jumaat* -- bekerja.
Hari minggu *Sabtu - Ahad* -- Kelas, belajar, buat tugasan, rehat (pun nak kira tu..haha)

Pembahagian masa, ketahanan diri mental dan fizikal, semuanya memainkan peranan yang amat penting dalam sesi pembelajaran dan membuat tugasan..

Tapi mujurlah, tidak mencuba nasib seorang diri.. Mohon doa kalian juga untuk mendoakan rakan saya yang seorang lagi yang turut mencuba nasib melanjutkan pelajaran ke peringkat sarjana, juga secara part time..
Insya Allah kita boleh!!

--nervous yang amat sebenarnya ni--

Till the finger dances around, regards, minna-san. =)

No comments:

Post a Comment