Followers

Tuesday, July 9, 2013

Al-Mubarak Tiba Lagi!

Assalamualaikum wbt!

Ahlan wasahlan, wamarhaban! Alhamdulillah, dah masuk 1 Ramadhan, dan mulai esok (10 Julai 2013) seluruh rakyat Malaysia akan mula menunaikan ibadah berpuasa.

Syukur kita ke hadrat Ilahi kerana masih diizinkan-Nya untuk berjumpa kembali dengan bulan Ramadhan. Bukan semua orang yang berpeluang untuk bertemu lagi dengan Ramadhan; ada yang dah pergi meninggalkan kita buat selama-lamanya, ada yang mungkin uzur dan tidak berkemampuan untuk berpuasa dan pelbagai lagi situasi yang tidak mengizinkan seseorang untuk berpuasa.

Sempena Ramadhan kali ini, marilah kita sedaya-upaya memperbaiki diri dari pelbagai sudut yang kita perasan akan kekurangannya. Sebenarnya, usaha untuk mencapai perubahan itu tidak spesifik dimulakan pada bulan Ramadhan, cuma boleh kita jadikan bulan Ramadhan sebagai initial point untuk perubahan, biar perlahan-lahan, janji berterusan dan beristiqamah, insya Allah.

Ramadhan kali ini, biarlah lebih bermakna..
Ramadhan kali ini, biar lebih usahanya..
Ramadhan kali ini, lakukan yang terbaik kerana-Nya..

Selamat berpuasa kalian! Jangan tak puasa tanpa sebarang keuzuran tau! =)

1 comment: