Followers

Wednesday, September 19, 2012

Dari Adam Kepada Adam & Hawa - Ingat 24434!


Assalamualaikum wbt.. Selamat senja korang semua!

Adakah korang semua sihat belaka? Kalau ya, alhamdulillah..kalau tidak, tak apa..bersabar..semoga cepat sembuh dan sihat walafiat seperti sediakala..tapi kalau sakit, jangan lah baca blog orang lain, nanti naik berpinar mata korang, dah lah tak sihat lagi..rest dulu okeh..

Baik..post kali ini adalah berkaitan 24434..apa itu 24434? Rukun Islam kedua.. =) ..dah namanya adalah rukun, maka ia adalah wajib dilakukan oleh semua orang..Baik, post kali ini berkaitan ibadah rutin yang kita lakukan iaitu bersolat..~~ Merupakan rukun Islam yang kedua *sorry pernyataan berulang*, dan wajib dilakukan oleh semua orang, tidak ada yang boleh skip solat except mereka yang uzur syarie..perkara pertama yang Allah akan timbang di akhirat nanti adalah ibadah solat kita..jika baik solat, maka baiklah amalan kita yang lain..dan sebaliknya..nauzubillahiminzalik..

Jadi kiranya post kali ini, mari kita sama-sama mengulangkaji bab bersolat ini..bukan semata-mata untuk orang lain sahaja, aku post ini pun untuk mengingatkan diri sendiri juga..jadi marilah sama-sama kita saling ingat-mengingati..~ baik..kita mulakan dengan syarat sah solat..

  1. Islam
  2. Berakal
  3. Baligh
  4. Suci daripada haid dan nifas
  5. Masuk waktu
Aku rasa setiap syarat sah ini adalah jelas dan terang maknanya untuk kefahaman kita bersama kan?
Kita jugak kena take note adalah Rukun Solat..ada 13 in total..baik..aku listkan one by one..

  • Berdiri betul - kalau tak mampu, boleh duduk, tak mampu juga, baring, kalau masih tidak mampu, boleh gunakan isyarat mata..tapi kita tahu kemampuan diri kita..insya Allah.
  • Niat - dilafazkan sewaktu mengangkat takbiratul ihram..
  • Takbiratul ihram - mengucapkan "Allahu akbar"..
  • Membaca surah al-Fatihah sehingga tamat
  • Rukuk, dengan thomakninah..
  • Iktidal, dengan thomakninah..
  • Sujud sebanyak dua kali, dengan thomakninah..
  • Duduk di antara dua sujud..
  • Duduk bagi tahiyat akhir..
  • Membaca tahiyat akhir..
  • Membaca selawat ke atas junjungan besar Rasulullah SAW..
  • Memberi salam..
  • Tertib..
Kita dahulu diajar secara komprehensif mengenai bermacam-macam aspek dalam melaksanakan ibadah solat semenjak kita kecil, dari sekolah rendah dahulu..nak cerita lah sikit pengalaman..mungkin aku tidak begitu bernasib baik macam orang lain pada zaman sekolah rendah aku dahulu kerana aku tidak dapat pergi ke sekolah agama..aku cuma pergi ke sekolah harian..jadi pendedahan aku mengenai ilmu agama sewaktu sekolah rendah dahulu mungkin sedikit kurang berbanding mereka yang menghadiri sekolah agama dulu..tapi tak mengapa, semua benda ada hikmahnya..pada zaman sekolah menengah, syukurlah para ustaz/ustazah/senior banyak mengajar aku secara lebih mendalam berkenaan ilmu Islam..mungkin tidak seberapa dalam atau meluas, tapi masih menjadi asas dalam diri dan masih perlu diluaskan dan dipelajari lebih selagi masih bernyawa ini..enough with the past. hehe..

Baiklah, seterusnya, mari kita ulangkaji bersama-sama mengenai bacaan di dalam solat..mungkin ini merupakan perkara berulang-ulang yang selalu diperkatakan atau dipost/dishare ke laman web lain, tapi lebih bagus sebenarnya jika kita selalu ingat-memperingati antara satu sama lain..bacaan dalam solat fardhu adalah lebih kurang bagi setiap waktu (Subuh, Zohor, Asar, Maghrib dan Isya'). Dimulakan dengan niat..bagi setiap waktu adalah berbeza niatnya, aku letak di sini contoh bacaan untuk niat solat Isya'..

"أُصَلِّى فَرْضَ الْعِشَاءِ أَرْبَعَ رَكْعَاتٍ أَدَاءً مَأْمُوْمًا / إِمَامًا ِللهِ تَعَالىَ"

--Sahaja aku solat fardhu Isya' 4 rakaat sebagai (makmum/imam) kerana Allah Taala--
*untuk waktu solat yang lain, tukarkan waktu solat dan bilangan rakaat*


Seterusnya..sebutlah "Allahu akbar".. kedudukan tapak tangan yang bersesuaian untuk mengangkat takbir adalah seperti dalam rajah di bawah:



Seterusnya adalah bacaan doa iftitah (Doa Pembukaan)..bacaannya seperti berikut..

"اَلله أَكََْبَر كَبِيْرًا وَالحَمْدُلِلَّهِ كَثِيْرًا وَسُبْحَانَ الله بُكْرَةً وَأَصِيْلاً . إِنِّي وَجَّهْتُ وَجْهِيَ لِلَّذِيْ فَطَرَ السَّمَوَاتِ وَالأَرْضَ حَنِيْفًا مُسْلِمًا وَمَا أَنَا مِنَ المُشْرِكِيْن . إِنَّ صَلاَتِي وَنُسُكِيْ وَمَحْيَايَ وَمَمَاتِي لِلَّهِ رَبِّ العَالَمِيْن لاَ شَرِيْكَ لَهُ وَبِذَلِكَ أُمِرْتُ وَأَنَا مِنَ المُسْلِمِيًن"

-Allah Maha Besar sebesar-besarnya. Dan puji-pujian bagi Allah sebanyak-banyaknya. Dan maha suci Allah siang dan malam. Kuhadapkan mukaku, kepada yang menjadikan langit dan bumi, aku cenderung lagi berserah kepada Allah dan bukanlah aku dari golongan orang-orang yang menyekutukan Allah. Sesungguhnya sembahyangku, ibadatku, hidupku dan matiku  kuserahkan hanya pada Allah tuhan seru sekelian alam. Sekali- kali tidaklah aku menyekutukanNya . Dan dengan demikian aku ditugaskan, dan aku adalah dari golongan orang-orang Muslim (Islam).”-

Kemudian, kita akan membaca surah al-Fatihah..sekali bagi setiap rakaat dalam solat. Bacalah dengan berhati-hati dan penuh khusyuk..kerana jika kita tersalah sebut, maksud surah al-Fatihah itu mungkin menjadi tidak betul.. Selepas membaca al-Fatihah, bacalah apa-apa surah lazim yang lain untuk rakaat yang pertama dan kedua, bagi rakaat-rakaat seterusnya, boleh pilih sama ada nak baca surah lazim atau just baca al-Fatihah..

Selepas selesai bacaan surah lazim sebutlah "Allahu akbar", kita akan rukuk, dan bacaan dalam rukuk adalah seperti berikut:

"سُبْحَانَ رَبِّيَ الْعَظِيْمِ وَبِحَمْدِهِ"

-Maha suci Tuhanku yang Maha Agong dengan sifat kepujiannya.-


Posisi keadaan rukuk adalah seperti dalam rajah di bawah:






Okeh, seterusnya kita akan beriktidal..macam mana beriktidal tu? Okay, dia ada dua fasa..pertama adalah transition daripada posisi rukuk, dan fasa kedua adalah berdiri tegak seketika sebelum sujud.




baiklah, bacaan semasa pertukaran daripada keadaan rukuk kepada iktidal adalah "سَمِعَ اللهُ لِمَنْ حَمِدَه" -Allah mendengar orang yang memuji-Nya-. Selepas itu, berdiri tegak seperti dalam rajah di atas dan bacalah "رَبَّنَا وَلَكَ الْحَمْدُ" -Ya Tuhan kami, bagi-Mu segala puji-..














Seterusnya, sujudlah ke muka bumi .."Allahuakbar"..seperti dalam rajah berikut..





Pastikan ibu jari kaki kita dikepakkan sedikit dan dahi menyentuh permukaan lantai.. dan bacalah "سُبْحَانَ رَبِّيَ اْلأَعْلَى وَبِحَمْدِهِ" -Maha Suci Tuhanku yang Maha Mulia-.. bacalah sebanyak tiga kali..bacaan sekali adalah paling kurang..tapi usually kita diajar untuk baca 3 kali..begitu juga bacaan semasa rukuk..bacalah 3 kali.. kemudian, bangkitlah daripada sujud, sebutlah "Allahu akbar" dan duduk antara dua sujud..bacaan yang perlu dibaca adalah seperti berikut:

 "رَبِ ّاِغْفِرْلِيِِْ وَارْحَمْنِيْ وَارْفَعْنِيْ وَاجْبُرْنِيْ
وَارْزُقْنِيْ وَاهْدِنِيْ وَعَاِفِنيْ وَاعْفُ عَنِّيْ
"
-Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku, perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku.-






Sebaiknya, jika kita kita dapat duduk seperti yang ditunjukkan dalam rajah di atas..akan tetapi, jika tidak berkemampuan, duduklah dalam keadaan yang kita selesa dan tertib, jangan menyeksa/memaksa diri..ikutlah kemampuan diri kita semua.. =)

Seterusnya, *Allahu akbar* dan sujud serta bacalah bacaan yang sama seperti sebelum ini..kemudian ucaplah "Allahu akbar" dan bangunlah untuk meneruskan rakaat seterusnya.

Okeh, kita tiba ke rakaat kedua..semua rakaat lebih kurang sama saja caranya, cuma pada penghujung rakaat kedua, kita perlu duduk tasyahhud awal (tahiyat awal), cara duduk lebih kurang sama dengan duduk antara dua sujud, tapi bacalah bacaan seperti di bawah

"التَّحِيَّاتُ الْمُبَارَكَاتُ الصَّلَوَاتُ الطَّيِّبَاتُ ِللهِ ، السَّلاَمُ عَلَيْكَ أَيُّهَا النَّبِيُّ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكاَتُهُ السَّلاَمُ عَلَيْنَا وَعَلَى عِبَادِ اللهِ الصَّالِحِيْنَ . أَشْهَدُ أَنْ لاَ إِلَهَ إِلاَّ الله وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا رَسُوْلُ الله. اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّد"

-Salam dan sejahtera, sembah bakti dan segala kebaikan bagi Allah. Salam atasmu wahai Nabi dan rahmat Allah dan keberkatanNya. Demikian pula mudah mudahan dianugerahkan kepada kita dasn kepada segenap hamba-hambaNya yang soleh. Aku mengaku bahawa tidak ada Tuhan melainkan Allah. Dan aku mengaku bahawa Nabi Muhammad itupesuruh Allah. Ya Allah berilah rahmat dan kesejahteraan kepada junjungan kita Nabi Muhammad.-

Seterusnya teruskan rakaat lain..hingga tiba ke rakaat terakhir..duduklah seperti cara yang termampu oleh diri kita, dan sebaiknya adalah seperti berikut:





Bacalah seperti bacaan di bawah:

"التَّحِيَّاتُ الْمُبَارَكَاتُ الصَّلَوَاتُ الطَّيِّبَاتُ ِللهِ ، السَّلاَمُ عَلَيْكَ أَيُّهَا النَّبِيُّ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكاَتُهُ السَّلاَمُ عَلَيْنَا وَعَلَى عِبَادِ اللهِ الصَّالِحِيْنَ . أَشْهَدُ أَنْ لاَ إِلَهَ إِلاَّ الله وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا رَسُوْلُ الله. اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّد وعلى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّد كَمَا صَلَّبْتَ عَلَى سَيِّدِنَا إِبْرَاهِيْمَ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا إِبْرَاهِيْمَ وَبَارِكْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدَنَا مُحَمَّدٍ كَمَا بَارَكْتَ عَلَى سَيِّدِنَا إِبْرَاهِيْمَ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا إِبْرَاهِيْمَ فِيْ الْعَالَمِيْنَ إِنَّكَ حَمِيْدٌ مَجِيْد"

-Salam dan sejahtera, sembah bakti dan segala kebaikan bagi Allah. Salam atasmu wahai Nabi dan rahmat Allah dan keberkatanNya. Demikian pula mudah mudahan dianugerahkan kepada kita dasn kepada segenap hamba-hambaNya yang soleh. Aku mengaku bahawa tidak ada Tuhan melainkan Allah. Dan aku mengaku bahawa Nabi Muhammad itu pesuruh Allah. Ya Allah berilah rahmat dan kesejahteraan kepada junjungan kita Nabi Muhammad dan keluarga Muhammad. Seperti apa yang telah Engkau anugerahkan kesejahteraan kepada Ibrahim dan keluarga Ibrahim. Dan berkatilah Muhammad dan keluarga Muhammad. Seperti yang Engkau berkati Ibrahim dan keluarga Ibrahim. Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Tinggi.-

Selesai membaca bacaan ini, berilah salam, dengan memalingkan muka ke kanan, dan seterusnya ke kiri seraya menyebut "اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ الله"  -Sejahtera dan rahmat untukmu semoga dirahmati Allah-



Baiklah, seterusnya adalah tambahan untuk solat Subuh..selesai saja rakaat kedua..sewaktu berdiri tegak selepas rukuk (ketik beriktidal) kita perlu membaca doa qunut..bacaan seperti berikut:

"اللَّهُمَّ اهْدِنِي فِيْمَنْ هَدَيْتَ ، وَعَاْفِنِي فِيْمَنْ عَافَيْتَ ، وَتَوَلَّنِيْ فِيْمَنْ تَوَلَّيْتَ ، وَبَارِكْ لِي فِيْمَا أَعْطَيْتَ ، وَقِنِي شَرَّ مَا قَضَيْتَ ، فَإِنَّكَ تَقْضِيْ وَلاَ يُقْضَىعَلَيْكَ ، فَإِنَّهُ لاَ يَذِلُّ مَنْ وَالَيْتَ ، وَلاَ يَعِزُّ مَنْ عَادَيْتَ تَبَارَكْتَ رَبَّناَ وَتعَالَيْتَ , فَلَكَ الْحَمْدُ وَلَكَ الشُّكْرُ عَلَى مَا قَضَيْتَ , فَنَسْتَغْفِرُكَ وَنَتُوْبُ إِلَيْكَ , وَصَلَّى اللهُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّم"

-Ya Allah, berilah aku petunjuk sebagaimana orang-orang yang telah Engkau tunjuki.
Sejahterakanlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau sejahterakan.
Pimpinlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau pimpin.
Berkatilah hendaknya untukku apa-pa yang telah Engkau berikan padaku.
Jauhkanlah aku daripada segala kejahatan yang telah Engkau tetapkan.
Sesungguhnya hanya Engkau sahajalah yang menetapkan, dan tidak sesiapapun yang berkuasa menetapkan sesuatu selain daripada Engkau.
Sesungguhnya tidak terhina orang yang memperolehi pimpinanMu.
Dan tidak mulia orang-orang yang Engkau musuhi.
Telah memberi berkat Engkau, ya Tuhan kami dan maha tinggi Engkau.
Hanya untuk Engkau sahajalah segala macam puji terhadap apa-apa yang telah Engkau tetapkan.
Dan aku minta ampun dan bertaubat kepada Engkau.
Dan Allah rahmatilah Muhammad, Nabi yang ummi dan sejahtera keatas keluarganya dan sahabat-sahabatnya.
-


Alhamdulillah..berjaya jugak aku tamatkan post aku kali ini..agak panjang..tapi bermanfaat, insya Allah. Aku banyak refer pada blog orang lain, or sumber daripada Internet, memang post yang bukan original daripada aku..semoga Allah memberkati orang yang aku ambil rujukan..disertakan adalah link-link yang berkaitan..semoga bermanfaat untuk semua... Assalamualaikum wbt!!




Sumber rujukan yang best!

http://www.e-mosque.com.my/ibadatfardhu/kiblat.html

http://hjshukri.tripod.com/id24.html

http://wirajiwa.bumicyber.com/index.php?option=com_content&view=article&id=437:cara-cara-sembahyang-yang-betul&catid=26&Itemid=48&joscclean=1

No comments:

Post a Comment