Followers

Thursday, December 13, 2012

Mid December '12!!


Assalamualaikum wbt~~

Dah lama rest since last post aku..ni pun berkesempatan update sebab cuti...atau lebih tepatnya cuti sakit...Dr. Yati bagi dua hari cuti, so kena lah manfaatkan dua-dua hari ni..First time, record dalam hidup aku, kena demam teruk macam ni...time Dr. amik suhu, dia kata 39 degrees..okay...itu sangat panas..before ni biasa aku kena 37.8 macam tu pun badan rasa lain macam..cuma demam kali ni, suhu tinggi and tekanan darah naik sikit daripada normal..lagipun kalau pergi klinik Dr Yati ni memang boleh kata sure boleh dapat MC dua hari lah...hehe..

Semenjak dua menjak ni, tak berapa ada sangat perkembangan yang menarik di sekeliling aku..oh ya, sebulan++ yang lepas dapat anak saudara lagi seorang, a boy.. Hadif Rayyan namanya...kacak sungguh nama beliau...semoga membesar dengan sihat tanpa sebarang masalah, insya Allah. Dalam sebulan dua ni, kadar kelajuan aku membaca novel English dah meningkat sedikit..biasanya dalam 3 hari ++ baru boleh habis. Tapi sekarang, dalam 1-dua hari aku dah boleh habis baca..maybe sebab series yang aku baca ni sangat epic dan superb. Sila baca juga kalau korang nak tahu kenapa aku khusyuk sangat baca..pengarangnya Jim Butcher..series nya pula adalah "Dresden Files".. nak sinopsis? ermmm....next time lah aku tulis review pasal buku...post kali ni lebih pada self-update..

Minggu lepas, salah seorang daripada kawan baik aku kahwin...tahniah Anwari Ashraf! Maaf sangat-sangat aku tak dapat nak hadir...tapi ketahuilah sahabat, aku sentiasa doakan untuk kebaikan dan kebahagiaan korang.. =)  ... dalam beberapa hari lagi pulak nak dapat result interview Pegawai Perhubungan Perusahaan bawah SPA, kalau ada rezeki, insya Allah dapat (walau pun aku tak letakkan harapan yang tinggi menggunung, tapi tetap berharap dapat jugak) aminnnn insya Allah.

Well, dah kering idea nak tulis pasal apa dah..doakan lah kalau berkesempatan..aku akan buat review perbandingan antara dua tablet 7 inci yang sangat diidamkan ramai, iaitu Google Nexus 7, dan iPad Mini.
Semoga diberi peluang dan kesempatan untuk menulis lagi, amin..

Till the keyboard rocked again~

No comments:

Post a Comment