Followers

Sunday, November 4, 2012

Remember-remember, November is here~ *already?*


Assalamualaikum wbt..

Pejam celik pejam celik, dah masuk bulan November bagi tahun 2012..maknanya ada sebulan ++ sahaja lagi sebelum 2012 melabuhkan tirainya.. Berdasarkan tajuk post, perkara yang aku nak cakap kali ini berkenaan bulan November. Ada apa dengan November? Hehe..~ mungkin yang mengenali aku dengan rapat sahaja tahu kenapa aku sangat menyukai bulan November..

Alhamdulillah..syukur pada-Nya..dah lebih kurang setahun dua bulan dah aku memasuki alam pekerjaan. Walaupun macam tu, pengalaman yang ada dalam diri adalah sangat sedikit, masih boleh ditingkatkan..

Sebenarnya, post kali ini lebih kepada perkembangan peribadi diri aku sendiri, mungkin sedikit kurang berfaedah, tapi tetap aku rasa mahu tulis juga. *kalau lah ada yang membaca blog aku ni*~
oh...sangat banyak sumber bahan bacaan yang aku ada..beratur lah korang buku-buku tercinta..ada dalam 4 buah buku (English dan Bahasa Melayu) dah masuk dalam barisan..itu belum kira yang dalam barisan e-Book (English sahaja) yang teramat banyak....waaa....siapa boleh tolong bacakan buku-buku tu untuk aku? Tapi keseronokan membaca itu tak dapat dikongsi dengan orang lain, jadi nak buat macam mana, kenalah aku baca sendiri..

Hari ini dah pun masuk hari ke-4 bulan November, juga merupakan tarikh yang aku sangat ingat sebab hari lahir salah seorang sahabat karib aku adalah pada hari ini..kawan sekolah semasa di Putrajaya dahulu.. Amin Jamil namanya. Selamat hari lahir wahai KP! Ooh maaf, kawan aku ini dah berpunya..marah pula Elly kalau aku promote Amin lebih-lebih.. >.<

Anyway, aku sedang dalam jangka masa countdown..untuk apa? hehe..tunggu sahajalah 13 hari lagi..dan kemudian insya Allah korang akan tahu ada apa pada tarikh tersebut. Cepat sungguh masa berlalu..selepas Oktober yang banyak memberi kedukaan..tapi yang lepas itu, lepaslah, redhalah dengan ketentuan-Nya.. ^____^  baiklah..aku rasa dah kekeringan idea pulak..apa pun, terima kasih kerana sudi membaca.. till we meet again, insya Allah..~

p/s: good luck me..

2 comments: