Followers

Friday, July 29, 2011

Menghormati Pendapat Orang Lain...perlu ke?

assalamualaikum wbt...

kaifahalukum jami'an? alhamdulillah, ana bikhair =)


 alhamdulillah, dah setel makan tengahari lepas balik solat jumaat tadi :) cuaca pun nyaman je..tak panas sangat, mendung je dari pagi....ok..isu yang akan aku somehow kupas hari ni, regarding pendapat...atau dalam bahasa omputihnya, opinion...mula2, kita define; apa itu pendapat? em, pada aku pendapat tu merupakan some sort of respon, or pandangan seseorang mengenai sesuatu isu@perkara@individu. makin kita besar, er maksud aku, semakin kita dewasa, cara kita memberi pendapat makin lama makin matang dan berbeza, sesuai dengan tahap umur diri kita dan ilmu yang kita ada. contoh lah kan, bila kita tengok seorang mamat A ni mencarut, macam mana pandangan kita pada orang tu?

Pendapat A
-Oh..orang ni jahat ni..mencarut tu kan biasa orang jahat je yang buat..so konklusinya mamat A ni jahat!

Pendapat B
-Oh, apesal die mencarut ek? ni mesti dia ada sebab die mncarut ni..aku tak boleh concludekan mamat A ni jahat or what lagi, so baik aku jangan assume apa-apa.

Pendapat C
-wow..kool gila mencarut ni..matang gila broooooo~

ok cukup lah 3 pendapat berbeza tu...jadi mana satu yang korang rasa paling +ve lah? aku rasa mesti semua pilih B kan? sepatutnya lah, kalau korang sume cakap pendapat A ngan C tu +ve....ok fine..terpulang...opinion differs from an individual to another =) ..okeh..seseorang tu bg pendapat mesti bersebab..jadi, ada beberapa faktor yang aku dapat fikirkan berkenaan kenapa berlakunya perbezaan pendapat di antara kita semua :

Faktor 1 - Usia
Ok..macam mana usia tu boleh membezakan pendapat? paling utama, bagi aku, adalah dari sudut dan cara pemikiran..semakin dewasa seseorang, lagi banyak benda, sama ada masalah atau kejayaan yang akan dia tempuh, dan kesemua pengalaman itu mematangkan diri. jadi, apabila semakin dewasa seseorang, sepatutnya cara berfikirnya menjadi semakin matang, dan lebih bijak membuat persepsi terhadap isu2 tertentu..namun begitu, tak semestinya perkara ini benar. kerana ada beberapa faktor lain perlu diambil kira.

Faktor 2 - Ilmu pengetahuan
Oh kenapa aku tak kaitkan ilmu pengetahuan dengan usia? tak boleh beb, kadang2 orang yang usianya lebih muda lebih tinggi ilmunya berbanding mereka2 yang lebih tua =) ...bagi aku, orang yang lebih ilmu pengetahuannya dalam sesuatu bidang yg hendak diberi pendapat (contoh td, isu org mencarut, org tu plak byk ilmu dlm bidang motivasi) jd most probably dia akan lebih ke arah mengeluarkan pendapat yang B tadi tu...

nak ikutkan, banyak lagi faktor lain, tapi aku rasa 2 tu merupakan main one, 2-2 tu dah merangkumi faktor2 lain dah..ok aku ngaku aku dah malas nak tulis faktor2 lain tu...hihi...ape2pun...apa yang aku nak sampaikan adalah :

"sentiasa hormati pendapat orang lain, boleh kalau nak suarakan setuju@tak setuju, cuma biarlah secara beradab dan berhikmah....janganlah kerana kita tak bersetuju dengan pendapat@pandangan seseorang, semudah itu juga kita mengecam orang tersebut...setiap manusia di dunia ni makhluk Allah, semuanya khalifah..jadi kesemua khalifah tu boleh je menyuarakan pandangan masing-masing"


agak2 kalau kita dah sakit hati sangat ngan orang lain kerana pendapat seseorang tu, akan tetapi tak mau luahkan rasa tu pada si pemberi pandangan, luahkanlah pada Maha Mendengar...DIA sentiasa ada untuk kita..tapi kita yang selalu lupakan DIA...wallahualam =)

4 comments:

  1. point y kedua plg aku setuju...tak semestinya y tua tu tau semue bnde...kdg2 y muda perlu menegur, biasalh, manusia mane ad y perfect...need to be open bile ditegur...baru org respect =)

    ReplyDelete
  2. san, tukar font plizz...pada pendapat aku, font ni menyakitkan mata...huuuu

    ReplyDelete