Followers

Thursday, July 28, 2011

Susahnya untuk berjaya dalam hidup..benarkah?

Assalamualaikum wbt...

adakah apa yang saya utarakan pada tajuk post ini benar? well, it is very subjective. ia bergantung kepada individu; ada yang kata "tak adalah, bukan susah  pun nak berjaya dalam hidup, kalau dah dapat kerja, kahwin, makan pakai semua cukup, kira ok, dah berjaya lah tu".....ada yang kata "uish..jangan cakap sembarangan...susah oh nak berjaya dalam hidup..." dan berbagai2 pendapat lagi...ok sincerely pendapat2 tu semua daripada kepala aku. hahaha. tapi abaikan part tu. just, isu mengenai kejayaan ni sangat subjektif. Ia bergantung pada bagaimana seseorang itu mengukur definisi kejayaan.

Okey, pada korang semua, macam mana korang define term kejayaan tu sendiri? adakah kejayaan tu mesti dalam bidang akademik, sahsiah atau ekonomi sahaja? kalau korang kata macam tu, dah betul, just mengikut pandangan aku, macam kurang tepat. bagi aku, kejayaan tu domainnya terlalu besar...merangkumi akademik, sahsiah, ekonomi..oh ulang ayat yang sama..tiba2 hilang idea..HAHA.

Ok, ni aku cakap dari segi akademik. Rata2 rakyat malaysia, aku contohnya, mula melangkah ke alam pembelajaran semenjak berusia 6 tahun, ada juga yang bermula dari 5 tahun, tu sebab mak bapak dia banyak duit, boleh mula awal, macam aku dulu, keluarga susah, so mak aku mampu untuk sekolahkan aku from 6 years old onwards. ok tu entri lain aku nak cerita pasal mak aku, insya Allah  =)..dan berterusan meneruskan pelajaran chronologically macam ni...

  1. Tadika (1 @ 2 Tahun)
  2. Sekolah Rendah (6 Tahun)
  3. Sekolah Menengah (5@6 Tahun)
  4. STPM/Matrikulasi/Sijil (1-2 Tahun)
  5. Ijazah Sarjana Muda (3-4 Tahun)
Okey, jadi untuk contoh macam aku, in total aku dah belajar selama 1+6+5+1+3 = 16 tahun. Gila, kira2 balik dah lama jugak rupanya aku dah belajar. ni belum tahu lagi sama ada aku akan further master or tak. kalau aku further, tambah lagi 2 tahun lebih kurang. ya, jadi secara average nya, seseorang rakyat Malaysia akan belajar selama 15 tahun lebih kurang...suatu tempoh yang sangat lama okey... kalau dapat menamatkan pembelajaran pun dah kira macam satu kejayaan yang sangat besar...yelah, berterusan dari setahun ke tahun yang lain untuk belajar selama 15 tahun, ingat kejap ke? lama kot. baiklah, dari satu aspek, kejayaan dah tercapai.

Okeh next is from segi ekonomi.seringkali aku dengar orang membuat perkaitan macam ni...lagi kaya seseorang tu, lagi berjaya lah dia...well, truth to be told, aku pun terima pendapat itu, cuma itulah, kekayaan bukan segala-galanya..xbanyak untuk diulas mengenai isu ekonomi, so, next.

Haaaa...dah sampai dah..isu sahsiah...sahsiah = perangai = akhlak...bagi aku, ni aspek yang paling penting untuk mengukur kejayaan. sebab apa? ok. apa guna kalau kaya tapi sombong? apa guna bijak jika berlagak? golongan-golongan yang aku sebutkan ni aku sebut random je, tak ada nak kaitkan dengan sesiapa langsung.

Ok, sekarang, kita gabungkan ketiga3 aspek tu; sahsiah, eknonomi dan akademik. ada pendapat mengatakan, seimbangkan ketiga3 aspek ni, maka seseorang tu kira dah berjaya lah tu. yes, i admit it, ada benarnya pendapat itu. walaubagaimanapun, kita sebagai orang Islam kene ingat, walau macam mana kita berusaha pun, jika Allah tak beri kejayaan dalam sesuatu, tak berjaya jugak. oh, aku takde lah ckp macam ni sebab nak galakkan korang menyerah 100% pada-Nya tanpa berusaha, cuma ingatlah..kejayaan tu tujuan sebenarnya merupakan keputusan kepada ujian yang diberikan-Nya pada kita. kenapa aku cakap macam tu? DIA uji kita dengan pelbagai ujian dan kesusahan untuk DIA berikan kejayaan pada kita. pun begitu, kadang2, lepas berusaha, kita masih gagal. la tahzan...jangan bersedih..kerana..

"boleh jadi apa yang baik bagimu adalah tidak baik bagi-Nya, dan apa yang tidak baik bagimu, adalah sebaik2 pemberian-Nya"

cuma, apa yang penting, adalah keoptimistikan diri seseorang. walau gagal bagaimana sekalipun, teruskan mencuba, kerana Allah sangat sayang pada hamba-Nya yang rajin mencuba tanpa putus asa. Kejayaan itu sentiasa ada untuk kita, masa dan tempat adalah ketentuan-Nya. Jika tidak begitu berjaya di dunia tidak mengapa, asalkan berjaya sepenuhnya di akhirat kelak. Jangan risau dipanggil orang yang gagal, kerana setiap orang yang dilahirkan di dunia ini sedari lahirnya ia sudah bergelar JUARA! kerana apa? kerana berjaya hidup di muka Bumi ciptaan Allah ini.. =)

2 comments:

  1. Bagi aku...

    Aku dapat reach sampai umur 23 ni dh kire salah2 satu kejayaan.

    Ade juga org yg x dapat....

    ReplyDelete
  2. @Leo

    memang..betol..tak semua orang diberi peluang macam tu..so tu memang satu kejayaan =)

    ReplyDelete