Followers

Wednesday, July 27, 2011

Ramadhan kian menjelang tiba.

 Assalamualaikum wbt...




Oh aku baru lepas buat kerja..buat content untuk a particular website...sangat mengantuk..but tiba-tiba datang pulak rasa nak menaip kat sini..macam yang korang baca tajuk post ni..berkaitan dengan Ramadhan...insya Allah..lagi 4 hari saja yang tinggal sebelum kedatangan ramadhan yang dirindui..setiap tahun, bila bulan ramadhan menjelma, pasti akan rasa seronok dan gembira...yalah, para peniaga seronok dengan peluang perniagaan yang akan terbit, iaitu pembukaan bazaar ramadhan..kanak-kanak gembira kerana bermulanya ramadhan menandakan bulan syawal akan tiba selepas itu..dan bagi aku..walaupun seronok menyambut ramadhan tiba..tahun ni sebelum ramadhan ada peristiwa yang berlaku..






3 tahun yang lepas, bertarikh 20 Ogos 2008

aku dengan abang tengah sibuk2 kemas rumah sikit-sikit,pasang langsir..ni beberapa hari sebelum bulan ramadhan tiba...well, kemas rumah awal2 untuk bulan syawal kerana nanti time dah puasa tak payah kemas teruk2 sangat..hehe..nak dijadikan cerita..malam tu..macam biasa..kemas2 rumah..time tu kak ipar aku memang agak sarat mengandung..time tengah kemas2..tibe2 kak ipar aku rase baby dah nak keluar..pergh satu rumah kalut..then kak ipar aku dibawak ke hospital..then beberapa minit sebelum azan waktu zuhur kedengaran, lahirlah puteri kesayangan kami semua, Iman Humaira..

3 tahun kemudian, bertarikh 16 Julai 2011

alhamdulillah, aku dipilih untuk menghadiri exam PTD yang dibuat dekat SMK Putrajaya Presint 11(1)..dan hari itu juga..merupakan hari terakhir buat Iman Humaira...Allah lebih menyayanginya daripada kami...akibat serangan kali kedua kanser neuroblastoma (relapsed neuroblastoma), tumor berhampiran buah pinggang dan perut Iman pecah..dan tak ada apa yang dapat doktor lakukan..selepas 17 hari dari tarikh pembedahan, iaitu 16 Julai 2011, Iman Humaira menghembuskan nafasnya yang terakhir...

"Daripada-Nya kita datang, dan kepada-Nya kita akan kembali..."


ya Allah...aku belum pernah menghadapi kematian orang yang berdekatan dengan aku, apatah lagi seorang anak kecil berusia tak sampai 3 tahun...dulu waktu aku kehilangan arwah abah aku, aku berumur 4 tahun..dan aku masih belum mengerti erti kematian pada waktu itu..sekarang..selepas 18 tahun..aku mengalami kehilangan besar yang kedua, yang aku telah maklumi akan hakikatnya..jika aku bersedih, tidak dapat kubayangkan perasaan kak ipar dan abang aku bagaimana...kehilangan anak berumur tak sampai 3 tahun...syurga menunggu Iman, insya Allah...

aku nak mintak maaf pada korang semua sebab awal-awal entri aku buat entri yang agak menyedihkan...cuma aku minta jasa korang semua, para pembaca budiman...sedekahkan al-fatihah buat Iman Humaira..semoga rohnya dicucuri ya Rabb.

-al-Fatihah-

No comments:

Post a Comment